ad ld

Friday, June 25, 2010

MAYA KARIN, SUAMI MUNCUL DI MAHKAMAH SYARIAH

Pelakon, penyanyi, pengacara dan model terkenal, Maya Karin Roelcke dan suaminya Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose hadir secara berasingan di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

 -- Gambar bharianonline.

Maya, 31, tiba di mahkamah tersebut pada pukul 2 petang bersama peguam syarie yang mewakilinya, Husniah Husin sementara suaminya tiba sejam kemudian bersama seorang rakan.

Kesemua mereka memasuki kamar Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selama dua jam.

Sejurus keluar, Maya dan peguam syarienya enggan memberikan sebarang komen ketika disoal oleh media mengenai urusan mereka ke mahkamah tersebut.

Sementara suaminya hanya menjawab, “tiada perceraian”.

Difahamkan pasangan tersebut memfailkan pengesahan pernikahan mereka yang telah dilangsungkan di Itali pada Ogos, dua tahun lalu.

Baru-baru ini Maya membuat pengakuan kepada media bahawa rumah tangga yang dibina bersama lelaki Itali itu sedang menghadapi masalah. - Utusan