ad ld

Tuesday, June 22, 2010

Jangan Pandang Remeh Sakit Perut

TAHUKAH anda sakit perut yang berpanjangan boleh membawa maut sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan segera? Selalunya, masyarakat hari ini beranggapan mereka menghadapi keracunan makanan atau tersalah makan sekiranya mengalami sakit perut.



Sedangkan antara tanda-tanda keracunan makanan ini ialah ia hanya akan muncul dalam masa dua hingga 24 jam selepas makan.

Ia juga bergantung kepada tahap keracunan dan mereka yang mengalaminya mungkin juga akan mengalami demam dan seram sejuk, najis berdarah serta penyahhidratan.

Keracunan makanan berlaku apabila keradangan perut atau usus yang disebabkan oleh pengambilan makanan tercemar.

Menurut Pakar Perubatan dan Gastroenterologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, kesakitan pada bahagian perut atau abdomen boleh berpunca daripada pelbagai keadaan yang memberi kesan kepada pelbagai organ.

Bahagian abdomen adalah terdiri daripada bahagian bawah tulang rusuk, tulang pelvik ke bawah serta kedua-dua sisi badan.

Biarpun kesakitan pada bahagian abdomen boleh datang daripada tisu di dinding yang mengelilingi rongga abdomen, sakit di bahagian ini selalunya digunakan untuk menerangkan kesakitan yang berasal dari dalam rongga abdomen.

-- Petikan utusanonline. Baca SINI.

2 comments:

Asya said...

tq...
info ni sgt bguna buat lya.. lya x checkup lagi utk status perut lya ni..sebab takut nak buat endoskopi.. lya skrang ada poblem baru..perut ni sakit y amat..selalu.. smpai keluar peluh dingin..tahan sakit.

Mama Hanim said...

Lya: tq2..
oohh, tmpg simpati pd lya.. take care ok..