ad ld

Tuesday, July 6, 2010

Sabrina Ali Sehati Berdansa Pasangan Ke 6 Bercerai

Peserta Sehati Berdansa (SB), Sabrina Ali Dad Khan, 30, dan pasangannya Mohamad Shahrin Abdul Halim, 38, menjadi pasangan keenam yang menyertai rancangan ini bercerai.


Sebelum ini, peserta SB terbitan Astro yang lain, Asheed Def Gab C dan pasangannya, Sharifah Noor Shima; Atilia - Ariff Johan Abdul Aziz; Dira - Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid; Radhi OAG - Shazlin Sharif dan Anne Ngasri - Abdul Wafi Hassan turut melalui proses penceraian.

Sabrina yang juga anak saudara pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, mengesahkan yang dia dan Shahrin sudah bercerai bulan lalu. 

Bagaimanapun, Sabrina enggan mengulas lanjut berita perceraian itu. Katanya, dia belum bersedia untuk mendedahkan tempat, tarikh dan maklumat lain berhubung perceraian mereka bagi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak. 

Sabrina dan Shahrin bernikah pada 21 Mei 2006. Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ariyana, 2. - Petikan izyan.

5 comments:

Zaidah said...

memacamlah artis nie...asyik bercerai ajekan...

BIONIC WOMEN said...

Subhanallah..mujurlah kita masih dalam linkungan kebahgiaan..semoga keluarga kita trus dilindungi Allah

mamaarifakeemaisy said...

uuik...dunia artis..

Unknown said...

aduhai...berceria la pulak sabrinani.suka tengok mereka dua kat sehati berdansa.Ariyana tu pulak comel sangat ngan rambut kerintingnya

Unknown said...

tak paham ngan artis ni..macam jadi satu penyakit je..yg kesiannya anak jadi mangsa :(