TAIPEI - Seorang penyampai berita televisyen Taiwan, Huang Ching dikejarkan ke sebuah hospital selepas tertelan seekor nyamuk yang muncul ketika dia sedang membaca berita secara langsung di udara, lapor sebuah akhbar semalam.
RAKAMAN menunjukkan detik ketika seekor nyamuk (dalam bulatan)
terbang memasuki mulut Ching
Wanita tersebut tercekik diserang asma apabila serangga itu tersangkut di kerongkong dan menyebabkan pengurusan stesen China Television Co. memutuskan siaran berita dengan iklan selama empat minit. Dia masih meneruskan tugas walaupun kelihatan nafasnya tercungap sebelum siaran diputuskan seketika dan seorang lagi rakan penyampai berita segera mengambil alih tempat Huang Ching yang sedang menerima rawatan kecemasan.
"Saya tidak pernah menjangka penangan seekor nyamuk boleh memberi kesan amat besar dan menjadikan hari itu bertukar sebagai begitu teruk," kata Huang Ching yang menghabiskan masa beberapa hari di sebuah hospital tempatan. - kosmo
4 comments:
salam...mmg lawak...sekor nyamuk punya pasal..
ishk...dasyatnye penangan nyamuk tu. Ni mesti nyamuk jantan.
kasihan pembce berita itu..heran mcm ner boleh ade nyamuk ?
Jangan lupa kisah raja Namrud. :)
Post a Comment