ad ld

Friday, July 16, 2010

Tabung Kami Bersamamu Lya

Salam.. Pagi ni on je blog tgk ramai kengkawan yg publish n3 ni. Tersentuh hati dgn keadaan Lya skang ni, w/pn just kenal di alam maya, tp ikatan persahabatan tetap dirasai.. Semoga segalanya beransur baik utk Lya. Take care Lya, kuatkan semangat mu..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim............

Dengan rasa rendah diri dan penuh harapan, Kami mewakili sahabat-sahabat Lya di alam maya melancarkan TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA.
Tabung ini bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan selanjutnya untuk penyakit beliau. Mudah-mudahan sumbangan sedikit sebanyak dari kalian semua dapat membantu Lya mendapatkan rawatan tersebut secepat mungkin.

Sehingga ke saat ini, Lya masih lagi ditempatkan di ICU Kemaman, Terengganu. Keadaan terkini Lya agak lemah tetapi masih stabil.

Kami juga memohon doa berterusan dari kalian semua. Semoga usaha kita semua untuk membantu Lya dipermudahkan Allah.

Hulurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank Alyani Binti Amran (155014985526).Untuk update terkini tentang Lya, klik SINI.

Kami juga amat berbesar hati, sekiranya kalian semua dapat mewar-warkan tabung ini di blog masing-masing. Jasa baik anda semua amat kami hargai. Terima kasih. - copy paste dri blog mamalieyna

1 comment:

mamaarifakeemaisy said...

moga ramai yg sudi membantu dan mendoakan Lya..Aminn..