ad ld

Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Saturday, July 17, 2010

Gambar Annahita Bakavoli dan Datuk Saiful Baha

Annahita Bakavoli di samping suaminya, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad merakamkan kenangan bersama rakan-rakannya selepas majlis perkahwinan mereka di Kuala Lumpur Golf and Country Club, Petaling Jaya, Selangor.

Wednesday, July 14, 2010

Slps Kahwin S/U Sulit Kanan Menteri, Annahita Tak Sabar Timang Anak

PELAKON dan pengacara Annahita Bakavoli yang baru sahaja menamatkan zaman bujang dengan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Saiful Baha Datuk Mohd Arshad, Sabtu lalu merancang mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat.

Gadis berusia 28 tahun ini mengakui ini adalah masa paling tepat untuknya menjalani kehidupan baru dengan keluarga yang sempurna. "Kami merancang untuk mendapat anak kalau boleh tahun depan sebab usia saya pun sudah mencecah 28 tahun. Ini adalah masa yang paling sesuai. Saya mahu menjalani kehidupan sebuah keluarga yang bahagia dan sempurna.

"Namun begitu itu ia hanyalah sekadar perancangan. Kalau tidak ada rezeki kami terima tapi secara jujurnya saya sudah bersedia menjadi seorang ibu," jelas Annahita.

Anahita dan Saiful Baha diijabkabul di Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam selepas solat Asar, 11 Julai lalu. Menurut Annahita perkenalan yang kurang daripada setahun itu bukanlah penghalang untuk dia menerima lelaki tersebut dalam hidupnya. Dia yakin lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu mampu menjadi seorang suami dan ayah yang baik.

Dalam majlis pernikahajn itu, Annahita turut menerima wang hantaran sebanyak RM21,212.21 dan mas kahwin sebanyak RM2,000. Mereka bakal mengadakan majlis resepsi pada 16 Julai ini di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KGCC), Mont Kiara, Damansara. - Petikan mstar

Tom Raja Farah Dakwa Diperangkap Melalui SMS

Juara Mystar LG3, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau Tom mengakui menyesal membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Nur Umirah Ali atau Miera,17, yang dipercayai mempunyai agenda tersendiri untuk memerangkapnya.

Miera adalah adik tiri isteri kepada seorang lelaki yang juga bekas kekasih Tom. "Ya saya ada SMS dengan dia, tetapi dia yang mula menghantar SMS dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya terlebih dahulu."Dia yang mulakan dengan cara kasar untuk membangkitkan kemarahan selain bertujuan mengumpan saya untuk mengaku mempunyai hubungan dengan abang iparnya," ujar Tom menjawab persoalan apabila SMS yang dihantarnya kepada Miera telah disiarkan sebuah portal hiburan, Isnin.

Kata Tom dia menyesal kerana tidak menyimpan SMS yang dikirimkan Miera itu kerana menganggap ia tidak penting tetapi terkejut apabila gadis itu rupa-rupanya mempunyai maksud tersirat. Menurutnya, dalam SMS itu Miera asyik bertanya sejauh manakah hubungan dia dengan abang iparnya dan Tom menjelaskan lelaki berkenaan adalah bekas kekasihnya dan mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa lagi.

Bagaimanapun Tom menjadi marah apabila gadis berkenaan berulang kali mempersoalkan penjelasannya menyebabkan dia terpaksa menghantar mesej memberi amaran agar tidak melakukan perbuatan yang dianggapnya sebagai kurang ajar.

"Saya tidak simpan SMS yang dikirimkannya kerana tidak mahu memanjangkan perkara ini, tetapi mereka simpan SMS saya sebab ada agenda tersendiri. Saya mengaku ada telefon Miera sebab sudah tidak tahan dengan SMS yang terus menerus membangkitkan kemarahan saya. "Mereka asik bertanyakan tentang hubungan saya dengan lelaki tersebut, walaupun saya sudah berkali-kali menjelaskannya ia adalah perkara lepas. "Kalau anda di tempat saya mungkin akan melakukan perkara yang sama. "Mereka serang saya guna SMS bertubi-tubi sehingga membuatkan saya membalas dengan kata-kata agak kesat. Memang silap saya kerana melayan SMS tersebut," ujarnya dengan nada kesal. - Petikan mstar

Tuesday, July 13, 2010

Dicekik, Ditendang Krn Nk Slmtkan Tom Raja Farah

PETALING JAYA: Wartawan Utusan Malaysia, Raja Intan Dianna Raja Azham,25, mengalami bengkak pada rusuk kirinya dan lebam-lebam di seluruh badan akibat dipukul ketika mahu meleraikan pergaduhan melibatkan juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau Tom.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Ahad lepas, Raja Intan cuba membantu Tom yang diserang sekumpulan lelaki sehingga membuatkan dia turut mengalami kecederaan. Kata Raja Intan, walaupun Tom adalah saudaranya dia bukan mahu masuk campur urusan penyanyi itu sebaliknya atas sifat kasihan melihat sekumpulan lelaki cuba membelasah penyanyi tersebut.
"Saya bersimpati terhadap Tom apabila melihat seorang daripada lima lelaki meluru kearahnya lalu menyepak bahagian pipi kanan dia. "Kerana kasihan saya cuma membantu tetapi saya pula yang turut dicederakan," ujarnya ketika dihubungi Mstar Online di sini, Isnin.

Dalam kejadian di Damansara Ahad lepas, Tom cedera dibelasah oleh sekumpulan lelaki dipercayai akibat selisih faham selepas dia membuat kenyataan dalam rancangan Melodi yang dia sebenarnya tidak mengganggu rumah tangga orang. Sebelum ini Tom dikatakan menyebabkan rumah tangga seorang wanita dengan suaminya bergoyang kerana dia mempunyai hubungan dengan suami wanita berkenaan yang juga kekasih lamanya.

Kata Raja Intan, pada mulanya dia berada pada deretan kedai tidak jauh dari tempat kejadian. Bagaimanapun selepas melihat isteri kepada lelaki yang dikaitkan dengan Tom itu cuba menyelamatkan penyanyi itu daripada dipukul, dia turut membantu. Malangnya pada waktu itu dia pula yang ditendang pada bahagian rusuk selain dicekik oleh seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan. "Beberapa perempuan yang berada disitu turut menjerit serta memaki hamun saya agar tidak masuk campur kerana saya orang luar. "Mereka juga ada memberi ugutan kepada saya agar beredar dari situ," jelasnya yang kini masih trauma dengan kejadian tersebut. - Petikan mstar

Monday, July 12, 2010

Apa Kes Plak Ni? - Tom Raja Farah MyStar LG

PETALING JAYA: Perbincangan antara rakan lelaki juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Tom Raja Farah dengan ahli keluarga isteri lelaki itu bagi mencari penyelesaian terhadap isu rumah tangga mereka, semalam, berakhir dengan pergaduhan apabila berlaku tumbuk-menumbuk dan sepak terajang sehingga menyebabkan penyanyi itu serta beberapa individu lain cedera.


TOM cedera di seluruh badan apabila dibelasah oleh sekumpulan empat lelaki di sebuah restoran di Damansara semalam. Gambar kecil, Tom yang cedera di muka. - kosmo

Thursday, July 8, 2010

Renungkan Jika Bercinta Suami Orang

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yg cuba disampaikan. Moga bleh dijadikan panduan utk kita semua. khususnya wanita.

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU 

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA 

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

-- Apa pendapat uols ekk? Komen skit, my pren..huhu..

Tuesday, July 6, 2010

Sabrina Ali Sehati Berdansa Pasangan Ke 6 Bercerai

Peserta Sehati Berdansa (SB), Sabrina Ali Dad Khan, 30, dan pasangannya Mohamad Shahrin Abdul Halim, 38, menjadi pasangan keenam yang menyertai rancangan ini bercerai.


Sebelum ini, peserta SB terbitan Astro yang lain, Asheed Def Gab C dan pasangannya, Sharifah Noor Shima; Atilia - Ariff Johan Abdul Aziz; Dira - Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid; Radhi OAG - Shazlin Sharif dan Anne Ngasri - Abdul Wafi Hassan turut melalui proses penceraian.

Sabrina yang juga anak saudara pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, mengesahkan yang dia dan Shahrin sudah bercerai bulan lalu. 

Bagaimanapun, Sabrina enggan mengulas lanjut berita perceraian itu. Katanya, dia belum bersedia untuk mendedahkan tempat, tarikh dan maklumat lain berhubung perceraian mereka bagi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak. 

Sabrina dan Shahrin bernikah pada 21 Mei 2006. Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ariyana, 2. - Petikan izyan.