Ia memang tidak benar kecuali definisi kuasa itu ialah “sebuah negara yang memenangi sesuatu lama dulu, tetapi sejak itu bergelut untuk meraih kejayaan di Piala Dunia."
Semakin dekad berlalu sejak kejayaan tunggal England menjuarai Piala Dunia di tanah air sendiri pada 1966, semakin nampak ia sebagai satu-satunya kejayaan mereka.
Hakikatnya, sejak kejayaan itu, negara yang pernah England kalahkan selepas saingan peringkat kumpulan Piala Dunia adalah Ecuador, Denmark, Belgium, Cameroon dan Paraguay - tiada satu pun daripada senarai negara terbabit boleh dianggap kuasa besar bola sepak.
Justeru, kemenangan 4-1 Jerman ke atas England, Ahad lalu yang mengesahkan kemaraan ke suku akhir, bukan satu kejutan kerana ia hanya meneruskan satu kesinambungan yang bermula sejak lama dulu.
Jerman menjadikan England tampak seperti negara yang baru berjinak dengan bola sepak hingga dianggap mempunyai tabiat sering membelasah lawan dalam laluannya untuk mencatat kejayaan.
Sejak mereka tewas kepada England pada 1966, Jerman mara ke Piala Dunia dan Kejohanan Eropah sebanyak 11 kali dan menang lima daripadanya, manakala England tidak pernah mara ke final.
Justeru, lebih cepat England mengakui dan menyedari hakikat kelemahan mereka, lebih cepat juga mereka boleh mula berusaha merangka pelan jangka panjang untuk melakukan sesuatu mengenainya.
Tabiat England yang suka memberi alasan terdesak terhadap aksi kurang memberangsangkan di kejohanan utama - sering menjadikan pengurus ‘kambing hitam’ - kini tidak lagi boleh diterima.
Pemain seperti David Beckham, Frank Lampard, Steven Gerrard, John Terry dan anggota lain skuad England yang dianggap ‘Generasi Emas’ jelas tidak menepati jolokan itu, ibarat janji yang belum tertunai. – AP
2 comments:
padan ngan muka england..penyokong england jgn marah ha...
Ayu: huhu..
Post a Comment