Uruguay mara ke separuh akhir selepas menundukkan Ghana dengan keputusan sepakan penalti 4-2.
PEMAIN Uruguay, Luis Suarez (kiri) menampan bola menggunakan tangan ketika keadaan kelam kabut di gawang pasukannya pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 Uruguay menentang Ghana di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Ghana dihadiahkan sepakan penalti berikutan kesalahan itu. Keputusan Uruguay 4, Ghana 2 (sepakan penalti).
Ia berikutan keputusan seri 1-1 selepas perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Soccer City, tamat sehingga masa tambahan.
Sementara itu, Ghana mendahului Uruguay 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Muntari pada minit ke-47.
Manakala, gol pertama Uruguay dijaringkan Diego Forlan pada minit ke-55 apabila sepakan percumanya gagal ditampan penjaga gol Ghana, Kingson.
No comments:
Post a Comment