Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, pemergian Abdillah Murad Md. Shari atau Achik pada 19 April lalu masih lagi dirasai oleh isterinya H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof atau Tasha. Hari ini genap seratus hari Allahyarham Achik pergi meninggalkan kita.
Achik meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan maut di KM14.7 Lebuhraya Kajang-Seremban ketika dalam perjalanan pulang selepas menjadi hos rancangan Gah 1 di RTM. Kehilangan tempat bergantung pastinya meninggalkan kesan dalam hidup Tasha yang terpaksa membesarkan anak-anak mereka Putri Salfiah,2, dan Putri Nursumaiyyah,10 bulan, seorang diri.
Jelas lagi kedengaran perbualan janji terakhir Allahyarham sebelum mereka bercerai mati untuk membawa anak-anak mereka menghabiskan masa bersama, namun Allah lebih mengetahui segalanya. "Walaupun sudah seratus hari namun bagi saya tiada apa yang berubah, saya masih rasakan dia ada, begitu juga anak-anak. Janjinya untuk membawa kami keluar masih lagi jelas tergiang di telinga saya.
"Begitu juga anak-anak yang masih menunggu ayahnya. Setiap hari Salfiah pasti akan bertanyakan tentang ayahnya, saya hanya tunjukkan video terakhir Arwah ketika di Gah 1 bagi pengubat rindu mereka," ujarnya yang tiga kali seminggu menziarahi pusara Arwah. Bukan tidak menerima takdir yang tertulis tetapi dia masih belum bersedia melupakan segala kenangan manis yang masih terpahat kukuh diingatannya. Allahyarham Achik merupakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan sentiasa meletakkan keluarga sebagai keutamaannya walaupun dia sibuk bekerja.
"Saya redha dengan pemergian dia, tapi saya sedar saya terlalu bergantung kepada dia. Ketika dia masih hidup semua perkara dia nak buat. Termasuk kerja rumah dan jaga anak. Dia tidak boleh nampak saya susah pasti dia datang buat untuk saya. "Perkara-perkara itu yang membuatkan saya sangat terasa kehilangan arwah sehingga sekarang. Semua sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dia saya masih simpan," ujarnya dengan nada yang sayu.
Tambahnya lagi, kebanyakan barang-barang peninggalan Achik sudah disimpan di satu bilik simpanan khas. Koleksi pakaian pula kebanyakkan sudah diberikan kepada adik beradik mereka. "Baju Achik saya sudah beri kepada adik beradik dan sanak saudara sebab sayang pula jika disimpan begitu. Cuma tinggal beberapa helai buat kenangan saya ketika merinduinya. Manakala barangan lain disimpan di rumah emak saya," katanya. - mstar
9 comments:
ya...begitulah peritnya,sebaknya...bagaimana nak terangkan pd sikecil yg masih tak mengerti...abg ipar saya meninggal dunia bulan 8 th lepas...beberapa bulan si bongsu asyik bertanya,bila ayah nak balik,kenapa ayah pergi keja,lambat balik...kita yg mendengar pun sebak,apatah lg si ibu...
tu la kan.. kita pun tak tahu apa nasib kita akan datang...sama seperti tasha agaknya.. susah utk terima sekelip mata.. huhu
kesian kan diorang..tak terbyg if kita di tmpt mereka..sure sentiasa terbayang diingatan lah..
mmg sedih la, baru bc je..sgt tabah famili arwah...
Kamsiah: tu la kan.. dugaan dlm kehidupan bt mereka.. mmg kesian pd si anak kecil..
semoga mereka sekeluarga sentiasa tabah dlm meniti hari2 mendatang..
Ena: btul tu.. pepun, semuanya urusan Allah.. semoga kita semua dilindungi Nya selalu..
mamalieyna: mmg kesian.. anak2 tu masih kecil.. tmpt bermanja..
yana: semoga mereka terus tabah dlm kehidupan mendatang...
sedih...
Post a Comment