MANCHESTER: Manchester City menandatangani pemain tengah Sepanyol, David Silva untuk tempoh empat tahun daripada kelabnya, Valencia.
“Penasihat pemain itu dan pegawai kelab Sepanyol berkenaan sudah berada di peringkat akhir perpindahan itu untuk kontrak empat tahun,” kata Manchester City dalam laman webnya, hari ini.
Jumlah perpindahan itu masih belum didedahkan, tetapi perjanjian antara kedua-dua kelab berkenaan didakwa kira-kira 25 juta pounds.
Manchester City berkata, ia masih menunggu pemeriksaan perubatan pemain berusia 24 tahun itu dan perpindahan hanya akan berlaku selepas penyertaan Piala Dunia Sepanyol tamat. - AFP
No comments:
Post a Comment