Peniaga saman Tesco RM1.6 juta kerana jual ayam tidak halal
PULAU PINANG -- Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.
Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.
Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini.
Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.
Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.
--> Petikan sinarharian.com.
Uols baca SINI utk seterusnya..
8 comments:
uish..mintak dijauhkan dari memakan ayam yg tak halal kan..tp tu la susah nak elak kalo kita makan kat kedai..
sng cita hari2 makan ayam HPA..mmg sah halal.. hehe
nauzubillah...uish takutnya. tu kalau yg perasan....kalau tak perasan...
nieza jarang beli ayam tesco .. kalo tak boleh gak 'join saman' ... hihihi
omg!nasib baik tak pernah beli kat sana.
Fiza: tu la, mmg kena hati2 kan bab makanan..
kami yg slalu makan kt luar ni semoga sentiasa terpelihara hendaknya.. Insya Allah..
HPA.. cadangan yg bagus..hehe..
Nizaa: nauzubillah.. semua hati2 ye..
Nieza: huhu.. tu la, klu x bleh join gak kan..uhuk..
Syida: waaahhh bertuah dia..huhu..
Post a Comment