KULIM: Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat. Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.
Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini. Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu. Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan terkutuk remaja terbabit pada jam 10.35 pagi sebelum pegawai PADK, diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib bersama tujuh anggota, membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.
Katanya, melalui intipan sebelum melakukan serbuan, pihaknya mendapati remaja perempuan itu bersama seorang lelaki berusia 23 tahun dalam sebuah bilik, manakala seorang lagi lelaki turut berada dalam rumah sama. - baca SINI.
--> Takutnya, semakin byk berita gejala sosial, rosak moral di Malaysia tika ini. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan perlindungan kepada saya dan suami dalam membesarkan anak. Sama2 lah kita berdoa agar keluarga masing2 dirahmati dan dilindungi Allah selalu, Insya Allah.
11 comments:
urm..macam2 lah remaja sekarang...mintak dijauhkan..
uish..takutnya budak zaman skrg drjh 6 pon dh ada nafsu nk bersetubuh..
mcm mana la generasi akan dtg..nauzubillah.. mintak dijauhkan dr keturunan kita.
Tu la.. baru 12 tahu dah bernafsu mcm tu..
Nauzubillah. moga dijauhakn keluarga kita dari ujian aib mcm tu..
salam..
apa nak jadik dengan malaysia ekkhh?? hehehehehehe
bebudak semua advance...
memang merisaukanlah! harapnya kita n family kita sentiasa terpelihara Iman dan taqwa...dr terjerumus ke perkara berdosa spt ni..ish2x..dunia akhir zaman ni kan..advance!
Mira: nauzubillah..
Fiza: btul tu.. semoga keluarga kita dilindungi Allah selalu..
Ena: terkezut kan.. besar cabaran ibu bapa zaman ini..
mimie: salam dear.. tu la pasal.. advance sgt tu.. dlu igt masa umur 12 reti main congkak je..huhu..
mamalieyna: mmg advance btul kan.. klu ke arah benda baik x pe la nk advance pn tp ni pelik sgt.. kesian gak budak tu, kecik2 dh jd cmtu..
subhanallah...kita dulu mana tahu pasal benda2 ni.yg tahu main je...skrg ni duk dlm dunia global..macam2 maklumat blh dapat...kalau tk dikawal camni la jadinya.. :-(
Post a Comment