ad ld

Wednesday, August 4, 2010

Kes Ex Adun Permatang: Mangsa Mungkin Tembak Psngan Sblm Tembak Diri Sendiri

Polis tidak menolak kemungkinan kematian bekas wakil rakyat Selangor Datuk Abdul Aziz Mohd Noh bersama Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat di sini pagi ini akibat tembakan daripada salah seorang mangsa itu sendiri. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata berdasarkan siasatan awal, tembakan dilepaskan dari dalam kereta dan tidak melibatkan orang lain. Katanya, polis juga menemui sepucuk pistol jenis revolver .38 di dalam kereta tersebut yang mengandungi dua peluru hidup dipercayai kepunyaan Abdul Aziz.

Khalid berkata, hasil bedah siasat di Hospital Sungai Buloh menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz. Ketika dihubungi, Khalid berkata kereta jenis Toyota Caldina berwarna putih itu dimiliki oleh Siti Rohana dan waktu kejadian ia dipandu oleh Abdul Aziz. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang yang berusia 64 tahun itu ditemui mati bersama Siti Rohana, 43, kedua-duanya dengan kesan tembakan, dalam kereta yang terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini kira-kira 11 pagi.

Kereta tersebut terbabas dari bahagian kiri ke bahagian kanan jalan. Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh. Abdul Aziz, menjadi wakil rakyat dari 2004 hingga 2008 dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar pada 1997. Siti Rohana aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz, dan mempunyai sebuah butik pengantin di Tanjong Karang. - mstar

-- Jom minum MILO Nuffnang...

3 comments:

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

ngeri tgk darah merata.. huhuhu

// klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ... //

SyidaGorjes said...

mamahanim,
i was there masa eksiden ni berlaku.tapi at the other side of the road.jem giler nkve.kenapa la diorang ni bunuh diri?masuk neraka tau!

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

mcm² kes...
takot dengornye..