ad ld

Thursday, August 26, 2010

Bazar Ramadhan Paling Berisiko

Bazar Ramadan mungkin menjadi tempat paling sesak dengan orang ramai yang mahu mencari juadah berbuka tetapi ia juga tempat yang paling banyak berlaku kes keracunan makanan sejak umat Islam mula berpuasa pada 10 Ogos lalu.

Laporan Kementerian Kesihatan mendapati, daripada 13 kes keracunan makanan yang dilaporkan sejak 10 Ogos lalu, sebanyak tujuh kes didapati berpunca daripada makanan yang dibeli di bazar Ramadan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, kesemua kes membabitkan makanan yang telah basi tetapi masih dijual kepada pelanggan. "Kami kecewa dengan sikap pengendali makanan yang masih menghidang atau menjual makanan basi tanpa mengambil kira kesan terhadap kesihatan pelanggan mereka," katanya. - kosmo

7 comments:

TuYa said...

salam kak..
memang betul la tu..
ade mcm2 kes keracunan kat bazar ramadhan..
Tuya pecah rekod ni,so far x pernah g bazar ramadhan lagi..
memang ketara la penjimatan nya..heheheh

mamaarifakeemaisy said...

iye la..agaknya diorang jual balik mknan yg tak hbs jual tuk hari semalamnya..huhu..eina pun pnh terkena, mee grg hampir basi..sudahnya tak mkn..membazir je..seb baik tak keracunan..huhu..

Unknown said...

ina penah beli murtabak untuk aisy, sian dia lepas tu cirit birit

[leily.laily] said...

dh berjaga2 ke bazar ramadhan, kl tgk aje mendung dh x mau pi..
tkt jd cam tragedi kt jasin tu, tp malang tak berbau kn..
rege pn sikitnyer mahai skrg ni..
huhuhhu

Syida said...

tak pyh la ke sana.masak kat umah.tapi kita adalah pelanggan setia pasar ramadhan...hehehe

Ena said...

tu la bila peniaga hanya mementingkan keuntungan semata tapi tak jaga hak pembeli..

GREENJADE said...

tapi...

still beduyun2 gak org ke psr ramadhan kans Wani..hehehe

sjk awal puase sy x pnah jejak lg ke psr ramadhan..lmbt blk umah camne pon tetap nk masak sndiri hehehe