AMPANG: Puncanya hanya kerana menguatkan bunyi televisyen, namun  habuan diterima begitu azab apabila seorang wanita yang sedang  mengandung enam bulan dipijak suami sendiri dalam kejadian di sebuah  pangsapuri di sini, Ahad lalu.          Berikutan itu, bayi dalam kandungan wanita terbabit masih belum  diketahui tahap kesihatannya dan polis menunggu laporan perubatan akan  dikeluarkan hospital dalam tempoh terdekat. 
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika  pasangan berkenaan baru setahun mendirikan rumah tangga berada di rumah  sebelum berlaku pertengkaran. “Ketika kejadian, suami mangsa memintanya memperlahankan suara  televisyen dipasang dan mangsa mengikut arahan lelaki terbabit dengan  memperlahankannya. “Bagaimanapun, suaminya memberitahu dia mahu keluar bermain snuker bersama rakannya,” katanya. Menurutnya, baru saja beberapa langkah suaminya mahu keluar,  mangsa kembali meninggikan suara televisyen membuatkan lelaki berkenaan  naik angin dan berpatah balik.
Suami mangsa menghampiri dan dengan nada marah mendakwa mangsa cuba bersikap kurang ajar dan sengaja mencabarnya. “Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak berniat mahu menyakitkan  hati suaminya dan meninggikan suara televisyen kerana menyangkakan  suaminya keluar,” katanya. Suaminya yang tidak puas hati jawapan diberikan terus meluru sebelum  memukul tangan mangsa dengan kuat sehingga menyebabkan kecederaan. 
“Tidak cukup dengan itu, suami mangsa yang panas baran naik angin dan memijak perut mangsa yang mengandung enam bulan. “Mangsa hanya mampu meraung dan menjerit meminta suaminya berhenti  dari memijak perutnya sebelum lelaki berkenaan menghentikan tindakan  itu dan meninggalkan mangsa menahan kesakitan,” katanya. Menurutnya, isteri malang terbabit yang tidak puas hati dengan  tindakan suaminya itu membuat laporan kepada pihak berkuasa dan susulan  itu, polis menahan suami mangsa yang berusia 20-an untuk membantu  siasatan. 
“Lelaki berkenaan ditahan di rumahnya kelmarin bagi membantu  siasatan kes terbabit dan setakat ini polis menunggu laporan pemeriksaan  hospital untuk menentukan keadaan bayi dalam kandungan wanita itu. “Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati wanita berkenaan  bernasib baik kerana tidak keguguran dan mangsa mendakwa kandungannya  sudah ada pergerakan dan mungkin dalam keadaan stabil,” katanya. - hmetro
-- Baru setahun kawin tu... Alahai...
4 comments:
ya allah tergamaknya buat macam tu kat isteri dan anak dia..
awat la ni macam2 kes dera bini tatau..elok sebat je laki tu!
ishhh..melampau betul.. ntah apa2.. ingat bini tu bola agaknya main sepak2.. haishhh
nauzubillah..
lelaki dayus! lelaki binatang... itu lah dia...
bengong!
Post a Comment