ad ld

Sunday, August 1, 2010

Bayi Nyaris Dimakan Anjing Liar

Nibong Tebal: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat hampir menjadi habuan sekumpulan anjing apabila ditinggalkan di depan sebuah kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat di sini, pagi semalam.

"Saya sangkakan bunyi anjing tetapi apabila memeriksa bungkusan itu, saya dapati seorang bayi. Nasib baik saya jumpa lebih awal, kalau tidak mungkin dimakan anjing yang sering berkeliaran,” kata pemilik kedai itu, Ng Song Huat. Bayi yang cukup sifat seberat 2.58 kilogram itu, ditemui kira-kira jam 7.56 pagi dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk pemeriksaan lanjut. Ng ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila melihat satu bungkusan di depan kedainya sebaik membuka premis itu untuk pergi membeli barangan dapur. -bharian

6 comments:

BIONIC WOMEN said...

Ya Allah sedihnya..baru kelmarin bercerita dengan kawan yg dah 4thun kawin xder anak ag..pastu ada sorang ag kawan tu dah8tahun kawin, wat operation habis rm10ribu sebab nak anak..

y@n@ M!B said...

eeii kut ye pon nk buang ank bunoh la elok²..dpd seksa mcm tu..mcm dah jadi mknn binatang lak..adeh la..

panass je hati bila terbc kisah² mcm ni..haish -____-'

shaza said...

kesian baby tu.. kejam sungguh mak bapa dia..

Mama Hanim said...

Eily: tu la kan... morality makin teruk skang ni.. nauzubillah..

Mama Hanim said...

yana: apa nk jadi dunia skang.. kejam btul..

Mama Hanim said...

shaza: btul tu..kejam sgt.. xde hati perut langsung..