ad ld

Wednesday, August 18, 2010

70% Buffet Ramadan Campur Arak - JAKIM

Hampir 70% daripada pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas hotel-hotel dan premis makanan di sekitar Lembah Klang yang berselindung di sebalik terma bufet Ramadan diragui status halalnya. Hotel terbabit yang tidak memiliki sijil halal telah mencampurkan alkohol dalam masakan untuk penyediaan bufet Ramadan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan oleh 20 penguat kuasa pasukan jabatan itu. Menurutnya, berikutan itu pihaknya mengarahkan hotel terbabit dengan serta-merta tidak menggunakan alkohol agar tidak mengelirukan pengguna Islam yang menikmati juadah berbuka puasa di situ.

"Kita melakukan pemeriksaan setiap hari dan meningkatkan pemantauan mulai 1 Ramadan lalu di semua hotel di sekitar Lembah Klang dan didapati kebanyakan hotel gemar mencampurkan arak dalam masakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Jakim baru-baru ini mengeluarkan amaran kepada pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. - utusan

-- Hati2 uols.. Sesape yg nk berbuka puasa kt hotel tu, check status halal dlu ok..

6 comments:

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

subhanallah.... takut kan.. kekadang kiter tak sedar yg kiter makan tuh halal haramnya.. minta dijauhkan... huhuhuh

mamalieyna said...

memang diragui kan..eina smlm ada la opis buat majlis berbuka kt hotel...tak join sbb tokleh bwk family..huhu..

Mama Hanim said...

mimie: tu la kan.. mmg kena hati2 dgn makanan skang ni.. bt suka hati je kan.. semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah Taala.

Mama Hanim said...

mamalieyna: dh tau masak utk org Islam tp still bubuh gak tu pasai apa kan.. ada tujuan lain kot..

Nieza Ishak said...

huhuhu ...
punya banyak agaknya dah telan ... adeyyy

Adlina Husaini said...

ish teruk la..kita ni negara islam
dan nak jadi hub halal food.bila macam ni..semua diragui then jatuh haram kalau makan..