Alor Setar: Kehadiran Ramadan yang mulia ini seolah-olah tidak membawa  sebarang makna bagi pelacur dan pondan serta pelanggan mereka yang  kebanyakannya beragama Islam apabila tidak segan silu melakukan tawar  menawar di lokasi baru mereka di perkarangan Stadium Darulaman.
Seorang pelacur menunggu pelanggan di pekarangan Stadium Darulaman (foto).
Pelacur dan pondan terbabit dipercayai baru menjadikan pekarangan  stadium itu sebagai `port' mereka berikutan kawasan lama di sekitar  Stesen Keretapi Alor Setar kini dibangunkan untuk projek landasan  elektrik berkembar Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).
Tinjauan malam kelmarin juga mendapati kira-kira 20 pelacur dan pondan  berusia antara 20-an hingga 40-an berlegar di situ mencari pelanggan  yang kebanyakannya datang dengan kereta dan motosikal. Apa yang dikesalkan mereka kebanyakannya beragama Islam itu  sedikit pun tidak rasa bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu di  bulan yang mulia ini, termasuk pelanggan mereka yang ketagih seks dan  tidak dapat membendung gelodak nafsu serakah, walaupun di bulan puasa  ini. 
Pelacur dan pondan yang berpakaian menjolok mata itu dilihat  menunggu di kawasan yang agak gelap di situ dan akan melakukan tawar  menawar apabila ada pelanggan sama ada berkereta atau bermotosikal  datang. Sebahagian mereka bertindak berani apabila dipercayai melakukan  seks oral di dalam kereta pelanggan tanpa mempedulikan orang yang lalu  lalang di situ, selain ada yang dibawa pelanggan menaiki kenderaan ke  lokasi tertentu dipercayai untuk melakukan hubungan seks.     
Mereka mungkin menuju ke kawasan sunyi dan gelap di sekitarnya  untuk melampiaskan nafsu serakah di dalam kereta kerana kebanyakan  kenderaan terbabit dilihat membawa pelacur atau pondan terbabit tidak  lama, sebelum menghantarnya semula ke situ. Difahamkan, pelacur dan pondan terbabit mengenakan harga antara  RM20 dan RM40 untuk sekali perkhidmatan, manakala untuk seks oral pula  bayarannya boleh dibincang. 
Seorang pengunjung, Ahmad Shafie, 54, berkata dia tidak menyangka  ada kegiatan pelacuran di perkarangan stadium itu kerana ia adalah  lokasi tumpuan ramai, terutama dengan adanya bazar lewat pagi dan gerai  menjual pakaian untuk Aidilfitri ini. "Saya datang bersama keluarga untuk membeli-belah sempena  Aidilfitri dan terkejut apabila mendapati sekumpulan wanita dan pondan  berpakaian menjolok mata berlegar di tempat letak kereta di situ,  katanya. - bharian
-- Budak 14 Tahun Dirogol Bergilir Gilir 8 Lelaki (Gambar) 
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar) 

10 comments:
gilosssssss la bulan2 puasa pun maksiat...
mcm2 skang nih... mmg tak takut dosa.... bln ramadan pon buat jgk keje terkutuk tuh...
ya allah..jahatnya!
issh...mmg tidak bermoral lah!
memacamlah sekarang nie...
KB: tau x pe..huhu..
k.zue: ntah nape la kan.. dh x kira dosa pahala..
Adlina: btul tu ina..
mamalieyna: nape perlu jd cmtu kan..huhu..
Zaidah: dunia akhir zaman dh..selamba je bt apa2..
Post a Comment