Tiga kawasan perkelahan utama di Kedah ditutup untuk sementara bagi  mengelakkan penularan wabak Phatogenik Leptopspira atau kencing tikus  yang melanda beberapa pusat peranginan di negeri ini. Kawasan berkenaan ialah Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang,  Taman Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi Bukit Wang di  Kubang Pasu.
Pengarah Kesihatan Kedah Dr Marzukhi Md Isberkata, setakat ini,  seorang telah disahkan meninggal dunia akibat wabak itu, manakala empat  yang lain disahkan positif kuman Phatogenik Leptopspira. "Mangsa yang meninggal dunia berusia lingkungan 30-an dan merupakan  kakitangan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang yang datang bersama dua rakan  untuk berkelah di Lata Bayu. "Dua rakannya yang positif kuman terbabit, kini dirawat di Hospital  Bukit Mertajam, Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di pejabatnya di  sini pada Rabu.
Dr Marzhuki berkata dua lagi ialah pengunjung yang berkelah di Puncak Janing dan mereka sedang dirawat di Hospital Kuala Nerang. Beliau berkata pihaknya kini mengambil langkah berjaga-jaga dengan  menghantar pasukan penyiasat untuk mengambil sampel air dan tanah di  hutan lipur terbabit. "Hasil ujian yang dijalankan turut mengesahkan Puncak Janing dan Lata Bayu positif dicemari kuman Phatogenik Leptopspira. "Pihak kami meminta jabatan perhutanan daerah menutup sementara  kawasan peranginan tersebut untuk kerja-kerja pembersihan dan  pencegahan," katanya. Beliau turut menasihati penduduk sekitar kawasan terdedah wabak  berkenaan agar tidak menggunakan air dari sumber air bukit bagi kegunaan  harian kerana dikhuatiri dijangkiti virus berbahaya itu. - mstar
No comments:
Post a Comment