ad ld

Friday, August 20, 2010

Lagi Kes Bufet Ramadhan Dimasak Dgn Wain

George Town - Sebuah hotel terkemuka di negeri ini diserbu pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada Selasa lalu ekoran menggunakan bahan perasa beralkohol ke dalam sajian bufet Ramadan. Hasil pemeriksaan Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP itu mendapati, hotel berkonsepkan hiburan yang terletak di tepi pantai itu telah menggunakan cuka wain selain gagal mempamerkan Sijil Halal Malaysia.

"Pihak pengurusan hotel terbabit diarah menghentikan promosi nama bufet Ramadan sehingga permohonan persijilan halal dikeluarkan," ujar Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP, Faizal Ibrahim ketika dihubungi semalam.

Pemeriksaan tersebut dilakukan dengan kerjasama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPNDKK) negeri terhadap hotel-hotel yang menggunakan nama bufet Ramadan sebagai promosi berbuka puasa di negeri ini. - kosmo

6 comments:

mamalieyna said...

issh issh issh..apa nak jd ni ye..harus boikot berbuka di luar ni..berbuka kt umah jerlah! ^_^

puterikurekure said...

ni confirm Hard Rock Cafe kan?

shaza said...

rasa pun hotel hard rock.. diaorang ni memang tak peka dengan sensitiviti umat islam..

Mama Hanim said...

mamalieyna: tu la pasal, knape bt cmtu kan.. x pikir sensitiviti Islam langsung..

Mama Hanim said...

Intan: tak tau plak yg mana.. biasa la, x sebut nama konon kan..

Mama Hanim said...

Shaza: dlm paper x sebut nama, tp still bleh teka kan area tepi pantai tu..