ad ld

Monday, August 23, 2010

Kenapa Setiap Ramadhan Ada Korban Mercun? - Budak 6thn Mati Rumah Meletup

TERENGGANU: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun terbunuh dan dua lelaki cedera parah apabila sebuah rumah tinggal yang dipercayai menjadi gudang mercun di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini, meletup pada jam 12.30 tengahari tadi.

Mayat Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Tadika Kampung Losong Atap Zin, ditemui tersangkut pada pokok (bulatan merah) selepas tercampak kira-kira 15 meter dari rumah berkenaan dengan kepalanya pecah. Menurut saksi, dua lagi mangsa berusia 22 dan 23 yang belum dikenal pasti identiti mereka pula mengalami kecederaan parah di kaki. "Saya mendapati rumah berkenaan rosak teruk dengan sebahagian dinding rumah tercabut dan berandanya runtuh. Dua orang lelaki turut terbaring di luar rumah dalam keadaan cedera parah," katanya.

Beliau berkata, seorang daripada lelaki terbabit tidak sedarkan diri manakala seorang lagi yang berada di bawah serpihan papan sempat meminta kami mencari seorang budak. Mereka kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan. - bharian

8 comments:

ibu wawa said...

Kesiannya budak tu, angkara orang lain dia jadi mangsa letupan mercun.

Hanya Allah yg tahu segalanya.

Zue AnnaLeeya said...

Ya Allah kesian kt budak tuh... tak blh bygkan kejadian yg dasyat tuh...

mamaarifakeemaisy said...

sugguh trajis..kesian budak tu..

Unknown said...

kesian dye...
inalillah... :(

Mama Hanim said...

Ibu Wawa: btul tu, mmg kesian kan..

Mama Hanim said...

K.zue: tu la kan, melambung atas pokok jadinya.. kesian dia..

Mama Hanim said...

mamalieyna: budak gak yg jadi mangsa..

Mama Hanim said...

bieha-chan: dh smp ajal dia kan..

tq sudi dtg sini..