ad ld

Tuesday, August 24, 2010

Kedutaan Malaysia Di Indonesia Dilontar Najis

JAKARTA 23 Ogos – Tunjuk perasaan membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis Malaysia yang diadakan di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini kecoh. Tunjuk perasaan yang disertai oleh anggota daripada Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) itu bermula dengan orang ramai membawa sepanduk mengecam Malaysia kerana menangkap anggota penguat kuasa negara berkenaan yang sedang menahan nelayan Malaysia yang menceroboh perairan Indonesia dekat Pulau Bintan.

Penunjuk perasaan (foto) bertindak liar memijak Jalur Gemilang sebagai bantahan anti-Malaysia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, semalam

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila penunjuk perasaan membawa lima bungkus najis manusia dan mahu dilempar ke dalam Kedutaan Malaysia. Para penunjuk perasaan sempat memijak bendera Malaysia dan melepar sebungkus najis ke dalam kawasan kedutaan Malaysia dan ke atas Jalur Gemilang yang dibentang di atas tanah, apabila polis berpakaian biasa menangkap tiga penunjuk perasaan terbabit. Suasana menjadi kecoh apabila para penunjuk perasaan mendesak rakan mereka dibebaskan.

Mereka juga memberi amaran kepada polis supaya membebaskan penunjuk perasaan terbabit hari ini juga. Jika polis gagal berbuat sedemikian mereka akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia. Sebelum ini anggota penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menangkap tujuh nelayan Malaysia yang dituduh menceroboh perairan negara jiran itu. - petikan UTUSAN

9 comments:

Ena said...

astagfirullahalazim..

mcm2 la dorang nie..

Zaidah said...

mcam nak carik gaduhlah.....teruk betul...

Nur Amlya @ Amie Fadli said...

eleh.. rakyat indon yg melambak2 kat mesia nih ada diaorg tau ke? ada jugak yg minah indon amy tendang ke laut nih kang... dah la tgh loya nih!

mamalieyna said...

ish2x..mmg nmpk cam nak cari gaduh je tu kan...herm..taktaula lagi nak ckp...emosi tak terkwllah tu..

Mama Hanim said...

Ena: emo lebih tu..huhu..

Mama Hanim said...

Zaidah: biasa la tu.. mmg style dorg kan..

Mama Hanim said...

Amy: huhu.. kan preggy mom dh marah tu.. relaks amy relaks.. tarik nafas dalam2 ok..hehe..

Mama Hanim said...

mamalieyna: satu rumpun katanya..

SyidaGorjes said...

org indon ni berfikir dgn lutut agaknyaaaa!!!!marah ni.