ad ld

Monday, August 30, 2010

Perkasa Cadang Namewee Dibuang Negeri

Salam.. Uols tentu penah dgr kisah Namewee kan.. Yg kes ubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku dlu tu. Skang ni heboh cer dia lagi. Klip video bertajuk ‘Namewee F**k Racism Malaysia NAH!’ itu merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan memarahi pelajarnya dengan perkataan berbaur perkauman, baru-baru ini. Ok x mau cer byk pepagi nih, uols baca artikel ni ye, tq2.

-- Kerajaan digesa mengambil tindakan undang-undang termasuk 'buang negeri' ke atas Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai 'Namewee' ekoran perbuatannya menerbitkan klip video berbaur perkauman. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi membuktikan kerajaan sememangnya menangani isu-isu perkauman secara serius.

Beliau berkata, apa yang dilakukan Namewee merupakan satu bentuk provokasi yang disengajakan selain jelas menunjukkan pemuda itu tidak insaf meskipun pernah memohon maaf atas kesalahannya mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu. "Jangan bagi muka kepada individu seperti ini kerana tindakannya itu jelas menimbulkan kemarahan serta keresahan di kalangan rakyat.

"Jelas sekali dia tidak insaf walaupun pernah memohon maaf di atas kesalahan sebelum ini. Jika kerajaan masih enggan mengambil tindakan, ia bermakna kerajaan juga masih belum 'insaf' sepenuhnya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim turut bersetuju dengan pandangan Ibrahim. Katanya, tindakan Namewee nyata melampaui batas kerana mengulangi perbuatan yang sama. Menurutnya, pemuda itu tidak memahami makna perpaduan dan nampaknya lebih suka melihat negara menjadi kacau-bilau.

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar pula menyifatkan tindakan pemuda yang pernah menuntut di Universiti Ming Chuan, Taiwan itu sebagai biadab, kurang ajar dan tidak boleh dimaafkan. Tegasnya, hukuman keras perlu diambil ke atas Namewee termasuk mengenakan tindakan buang negeri.

"Tidak perlu lagi beri amaran kerana ini bukan kesalahannya yang pertama. Mungkin dia berani mengulangi perbuatannya kerana sebelum ini tiada tindakan tegas diambil. "Kalau dia minta maaf sekali pun, tidak perlu terima maaf itu. Ini adalah perbuatan individu atau pihak yang tidak cintakan negara," katanya. - Utusan

2 comments:

mamalieyna said...

Jelas sekali org cenggini tak cintakan Negara..campak je kt negara lain, takyah dok Malaysia lagi! sakit hati betul lah!

Uruchimaru @ kf said...

ini hanye mainan persn urg politik...
saya takut si ibrahim itu meneguk air yg keruh...