ad ld

Monday, August 23, 2010

Remaja 17 tahun Mangsa Terbaru Kencing Tikus

Alor Star – Seorang remaja berusia 17 tahun meninggal dunia kerana dijangkiti bakteria kencing tikus setelah mandi di Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang semalam. Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Marzuki Md. Isa berkata, mangsa berasal dari Kampung Rambai, Mukim Bukit Raya, Pendang dikatakan mandi di kawasan itu bersama empat lagi rakan-rakannya.

“Mereka mandi di kawasan larangan tersebut pada 16 Julai lalu. “Namun begitu, rakan-rakannya yang lain bebas daripada jangkitan tersebut tetapi kesihatan mereka masih lagi dipantau,” katanya ketika dihubungi semalam.

Marzuki menambah, jumlah kematian yang membabitkan jangkitan kencing tikus di negeri ini melibatkan dua kes. Beliau meminta orang ramai mematuhi arahan agar tidak berkelah di kawasan yang di larang “Antara kawasan rekreasi berkenaan ialah Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang, Taman Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu masih ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan,” jelasnya lagi. - kosmo

4 comments:

yanamib said...

takut nak pergi berkelah mcm ni..hehh~ -___-'

Ena said...

siannya kan..

Mama Hanim said...

yana: kena hati2 slalu skang ni..

Mama Hanim said...

Ena: tu la kan..