ad ld

Tuesday, August 3, 2010

Gambar Buaya Besar Giler Ditemui Di Pantai Ixora Permai PD N9

Dua pengunjung pantai Ixora Permai di Pasir Panjang mengambil ukur lilit bangkai buaya tembaga sepanjang 5.48 meter yang ditemui mati dipercayai ditembak dan terdampar di pantai tersebut, dekat Port Dickson, Negeri Sembilan.


Orang ramai menunjukkan seekor buaya seberat 3 tan yang ditemui terapung di perairan Kuala Linggi dekat Jalan Tanjung Agas, Batu 21, Prt Dickson pada 12.45 tengahari, Isnin. Seorang mekanik yang hanya mahu dikenali sebagai Azoy, 30 tahun berkata, sekumpulan pelajar kolej memaklumkan kepadanya mengenai buaya itu dan selepas mengumpul rakan-rakan yang lain, Azoy menggunakan mata kail untuk menarik buaya yang telah mati lebih kurang empat hari itu.

Selepas diperiksa, buaya yang hampir reput berusia di antara 15 hingga 20 tahun dan dipercayai datang dari Sungai Linggi. Buaya tersebut kemudian di bawa oleh kakitangan Zoo Melaka untuk tindakan lanjut selepas dihubungi penduduk kampung. mstar -- Subhanallah.. Besar btul buaya tu kan.. Kt tepi pantai tu uols, bukan dlm zoo ok..huhu.

--  (Gambar) Air Mata Pokok Petai / Pokok Petai Menangis
--  Pelajar UPSI Maut Jatuh Bangunan E Learning, Gangguan Mistik 
--  Pokok Betik Berwajah Manusia Di Kg Parit Hassan Pontian 
--  Putera Jefri Bolkiah Risau Patung Erotiknya Dipandang Serong

8 comments:

TuYa said...

bapak beso buaya tu kak..
ngeri betul..
ade ke buaya air masin?

yanamib said...

naseb la xde kemalangan jiwa ke apa..menakutkannn~ -__-'

Nieza Ishak said...

besarr nyaaaaaa
kalo dia ngap kaki .... abesss

** milo 1

Mama Hanim said...

Tuya: tu la kan, besar woo.. mula2 tgk mcm x caya plak..

buaya sg linggi tp dh sesat kt pantai kot..

Mama Hanim said...

yana: nmpk mcm dlm filem je kan..huhu..

Mama Hanim said...

Nieza: tau xpe.. tgk pn takut..

milo? tq2..hehe..

BIONIC WOMEN said...

kalu siza lagu tu...sorang x cukup kenyang, paling kurang 3 orang baru dia lena..hahahah

Mama Hanim said...

Eily: huhu..kapasiti besar tu.. ngeri wooo...