ad ld

Sunday, August 22, 2010

Lagi Kes Buang Bayi: Bayi Mati Didera Di Perhentian Bas

Rembau 20 Ogos – Entah di mana hilangnya nilai kemanusiaan apabila ada yang tergamak mendera bayinya sehingga mati sebelum meninggalkannya di kawasan awam. Begitu nasib malang menimpa seorang bayi lelaki yang ditemui oleh beberapa pelajar sekolah di bangku sebuah perhentian bas di Kilometer 17 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir, dekat sini, hari ini.

Lebih menyedihkan, bayi yang ditemui kira-kira pukul 6 pagi itu dalam keadaan berbalut dengan kain, dipercayai mati didera ekoran mempunyai kesan lebam di beberapa bahagian anggota badan. Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh bayi yang berusia 10 hingga 12 bulan tersebut. Menurut pengawal keselamatan, Mohamad Som Adlan, 62, dia dimaklumkan tentang penemuan mayat bayi itu oleh pelajar-pelajar berkenaan ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

Mizan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ada kesan lebam pada bahagian kepala, mata, kedua-dua belah pipi dan juga di bahagian belakang bayi itu. “Kita percaya bayi yang dijumpai itu adalah rakyat tempatan dan berketurunan Melayu,” jelasnya. Pihak polis juga sedang menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mencari identiti sebenar mangsa dan penjaga bayi berkenaan. - utusan

5 comments:

Unknown said...

ya Tuhan..sampainya hati.Sebaknya tengok pic baby tu.macam dah besar jer baby tu

LYaFRINA said...

sgt2 tkejut.. terkejut...
tersentuh... x sangka.. ada manusia mcm ni.. baby dh besr pon sggup buat mcm ni.. xdpt byangkan btapa azabnya bayi malang ni menahan kesakitan akibat pbuatan x bperikemanusiaan tu..

semoga org y btanggungjwb itu mdpt pmbalasan d dunia n akhirat.. lya rasa.. lya xdpt maafkan.. walaupun baby ni bkn ank lya.. tp lya rsa x dpt maafkan org y buat bgitu pd baby ni...

mamaarifakeemaisy said...

Masyaallah...sakit mentalkah orang yg perlakukan camtu..giler!

eB ezrin said...

speechless... diorg nih species aper eh?... nk kt binatang pn x smaa level rsnyer... sbb troks sgt....

Rubies Baker said...

budak dah besar dah tu..sanggup dibuang..bengong lah mak ayah dia