ad ld

Thursday, August 19, 2010

Bilangan Pesakit H1N1 Naik 25% Minggu Ni, 64 Kes 8-14hb

Jumlah pesakit yang disahkan menghidap Influenza A (H1N1) meningkat 25 peratus minggu ini kepada 64 kes bagi tempoh 8 hingga 14 Ogos lepas berbanding 51 kes pada minggu sebelum itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata ini menjadikan jumlah terkumpul kes positif H1N1 adalah sebanyak 15,584 orang dengan jumlah kematian kekal 92 orang.

Bagi tempoh sama, 7 kejadian kluster Penyakit Serupa Influenza (ILI) baru dilaporkan dari 5 kepada 6 negeri, turun daripada 13 kluster pada minggu sebelumnya. Selain itu, bilangan pesakit baru dengan simptom ILI yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan dalam tempoh sama mencatat penurunan sebanyak 8.9 peratus kepada 513 orang berbanding 563 pesakit pada minggu sebelumnya, katanya. Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir adalah sebanyak 360 kes di 60 buah hospital termasuk 9 hospital swasta.

Dr Mohd Ismail berkata, walaupun dunia kini berada di dalam fasa pasca pandemik H1N1, orang awam diingat supaya mengambil langkah kawalan dan pencegahan kerana penularan jangkitan virus itu dijangka berterusan untuk beberapa tahun akan datang sebagai influenza bermusim. - BERNAMA

-- Jaga kebersihan selalu ok, walau di mana uols berada.. take care.

2 comments:

wan syamilah said...

salam..bila dh jadi camni nk bwk anak2 pegi tmpt terbuka pun takut...

Mama Hanim said...

syamila: salam.. tu la kan, kena hati2 lbh skit..take care ok..

tq sudi dtg sini n follow ye.. follow u soon..