ad ld

Tuesday, August 3, 2010

Kanak-Kanak 5 Tahun, Mangsa Terbaru Kes Cabul Pemandu Van

Kecurigaan seorang ibu dengan sikap anaknya yang enggan menaiki van yang menghantarnya ke taska terjawab apabila kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu mengadu kemaluannya sakit, dipercayai akibat dicabul. Semuanya terbongkar Sabtu lepas apabila kanak-kanak itu menangis ketika dimandikan ibunya, dan setelah didesak, beliau memberitahu kemaluannya telah dipegang secara kasar oleh pemandu van yang menghantarnya ke taska.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata kanak-kanak perempuan itu dihantar ke taska oleh pemandu van berkenaan sejak Jun lepas. Beliau berkata berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya pada hari yang sama. "Hasil daripada tindakan pantas pihak polis, lelaki yang berusia 27 tahun itu telah berjaya diberkas di rumahnya yang terletak di Kampung Cheras Baru, Ahad," katanya. Abdul Jalil berkata lelaki tersebut akan memastikan kanak-kanak perempuan itu merupakan penumpang terakhir yang dihantarnya bagi membolehkan dia mencabul mangsa. - mstar

- Manusia jenis apa, dgn budak kecik pn bernafsu.. Mmg ada masalah kejiwaan, patut dihukum seberat beratnya...

7 comments:

Unknown said...

eee...macam setan...

Mama Hanim said...

eT: tu la kan.. jahat giler..

mamaarifakeemaisy said...

gila..! hukum bunuh jer..ish ngeri la suasana skrg ni..huhu..

Ena said...

Nauzubillah...
teruk betul..

Mama Hanim said...

mamalieyna: mmg patut pn..gila..

Mama Hanim said...

Ena: Org ke apa ntah...

BabyIntan said...

Astagfirullahalazim!!!

Mcm mana nak percaya org di sekeliling skrg nie wlupon keluarga sendiri belum tentu anak perempuan kita "selamat" lagi...orang lelaki zaman skrg nie apa dah takde otak ke tang budak kecik pon nak di buat dajal jugak!

Series geram betul tau kalo baca bab2 nie...arrr!

Tolong lah kaum Adam, kamu telah di beri tugasan oleh Allah utk menjadi pemimpin dan pelindung kepada kaum Hawa yg lemah. Ini, kamu pulak yg menjadi "pembunuh" kepada kami...tolong lah, especially budak2 yg masih kecil tu :(

Cukup lah tu!

P/s: Sorry ye mama hanim...sgt emo bila bc nie :(