ad ld

Sunday, August 29, 2010

Gambar Remaja Koma Diketuk Cota

KOTA BHARU: Seorang remaja berusia 15 tahun koma selepas kepalanya didakwa diketuk menggunakan cota oleh seorang anggota polis di Jalan Machang-Kota Bharu, kira-kira jam 2.45 pagi, pada 20 Ogos lalu. Menurut bapanya, Riduan Zawawi, 43, dalam kejadian itu, anaknya yang membonceng motosikal bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang dari kedai makan di Ketereh ke rumah di Kampung Galang, Pulai Chondong, Machang.

Riduan berkata, pada mulanya dia tidak tahu punca anaknya mengalami kecederaan teruk itu sehingga diberitahu oleh rakan sebaya anaknya yang bersama-sama menaiki motosikal berkenaan. Katanya, mereka berdua ditahan polis ketika dalam perjalanan ke rumah, namun kedua-dua remaja terbabit enggan memberhentikan motosikal.“Rakannya memberitahu, polis terbabit terus bertindak ganas memukul kepala Muhammad Raimie dengan sebatang kayu menyebabkannya jatuh tersembam ke atas jalan raya.

“Anak saya kemudian dihantar ke klinik itu sebelum dipindahkan ke HUSM untuk menjalani pembedahan akibat pendarahan otak,” katanya. - Baca seterusnya di Hmetro

No comments: