Salam.. Mood ceria di pagi hari rasa agak terganggu bila view paper on9 jap td.. Sedih dgn situasi morality masyarakat muda mudi yg makin teruk tika ini. Uols try lah baca cer petikan bharian ni :
TANJUNG KLING: Segelintir pasangan muda yang dipercayai sedang hangat  dilamun cinta, dikesan  menjadikan kawasan Pantai Puteri, dekat sini,  sebagai lokasi untuk melakukan maksiat termasuk sepanjang Ramadan  sehingga menjejaskan kesucian bulan mulia itu. Tinjauan di kawasan ini mendapati pasangan terbabit gemar  menjadikan lokasi yang tersorok dan sunyi di situ sebagai tempat memadu  kasih dan aktiviti sumbang ini berlaku pada waktu siang dan hari bekerja.
Mereka dilihat seolah-olah tidak segan silu melakukan perbuatan itu,  walaupun mudah dilihat masyarakat sekeliling, malah ada di antara mereka  bukan saja berani melakukan adegan berpelukan, tetapi perlakuan lebih  mencolok mata. Ada ketikanya, perbuatan itu turut ditegur masyarakat sekeliling khususnya  di kalangan golongan tua, tetapi  tidak berkesan apabila pasangan  kekasih berkenaan melemparkan kata-kata kesat kepada pihak terbabit. 
Dalam tinjauan terbaru kelmarin, beberapa pasangan kekasih yang  dipercayai berusia dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun itu tanpa segan  silu berpelukan, selain melakukan aksi berani berkucupan mesra. Seorang pengunjung pantai ini, Nordin Aman, 49, ketika ditemui  berkata, aktiviti seperti itu perlu dibanteras segera bagi mengelaknya  berlarutan kerana ia bukan saja menjejaskan imej Islam, malah kawasan  peranginan berkenaan. 
Sambil mengakui memang ramai remaja Islam di sini tidak  menghormati kesucian Ramadan apabila berkelakuan sumbang serta memakai  pakaian menjolok mata, beliau berharap penguat kuasa Jabatan Agama Islam  (JAIM) bertindak segera menangani masalah itu.     Perbuatan mereka itu mencemar kesucian Ramadan yang penuh  keberkatan ini dan JAIM perlu mengambil tindakan kerana penduduk yang  menegur perlakuan mereka itu, sering ditempelak semula oleh pasangan  berkenaan, katanya. 
Pasangan remaja masa kini terlalu berani  melakukan maksiat secara terbuka, malah cara berpakaian mereka juga  memalukan, sekali gus menunjukkan mereka tidak takut dengan hukum agama. Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani  berkata ketika mengulas isu ini berkata, pihaknya akan melakukan operasi  mencegah maksiat di kawasan dikenal pasti sebagai sebagai tempat  maksiat di negeri ini termasuk Pantai Puteri. - bharian
-- Agak2 lah nk bercinta pun... Bulan puasa ni..
No comments:
Post a Comment