Alor Star – Seorang remaja berusia 17 tahun meninggal dunia kerana  dijangkiti bakteria kencing tikus setelah mandi di Taman Rekreasi Puncak  Janing di Kuala Nerang semalam. Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Marzuki Md. Isa berkata, mangsa berasal  dari Kampung Rambai, Mukim Bukit Raya, Pendang dikatakan mandi di  kawasan itu bersama empat lagi rakan-rakannya.
“Mereka mandi di kawasan larangan tersebut pada 16 Julai lalu. “Namun begitu, rakan-rakannya yang lain bebas daripada jangkitan  tersebut tetapi  kesihatan mereka masih lagi dipantau,” katanya ketika  dihubungi semalam.
Marzuki menambah, jumlah kematian yang membabitkan jangkitan kencing  tikus di negeri ini melibatkan dua kes.  Beliau meminta orang ramai  mematuhi arahan agar tidak berkelah di kawasan yang di larang “Antara kawasan rekreasi berkenaan ialah Taman Rekreasi Puncak Janing  di Kuala Nerang, Taman Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi  Bukit Wang di Kubang Pasu masih ditutup buat sementara waktu bagi tujuan  pembersihan,” jelasnya lagi. - kosmo
4 comments:
takut nak pergi berkelah mcm ni..hehh~ -___-'
siannya kan..
yana: kena hati2 slalu skang ni..
Ena: tu la kan..
Post a Comment