Berita baik untuk semua pegawai kerajaan dari Gred 1 hingga 54.  Kerajaan setuju untuk beri 'Bantuan Khas Kewangan' sebanyak RM500  sebagai sumbangan sebelum 1 Syawal. Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan akan mendapat durian runtuh ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam satu  kenyataan hari ini bahawa bayaran itu akan dibuat sebelum 1 Syawal. "Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan  awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos  persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga  Menteri Kewangan.
Menurut beliau, bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6  juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - mstar
6 comments:
alhamdulillah..
dapat gak bonus raya tahun ni..heheheh
alhamdulillah..rezeki anak4...
Hoh! RM250 nak bayar hutang pada emak, RM250 lagi pada adik.. apa yg tinggal? Kelegaan bayar hutang! AlhamduliLlah...
betoi ke ni???
tumpg happy tuk en suami! ^_^
alhamdulillah..
rezeki2... tq kerajaan..
Post a Comment