ad ld

Showing posts with label pelik tapi benar. Show all posts
Showing posts with label pelik tapi benar. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Pokok Betik Berwajah Manusia Di Kg Parit Hassan Pontian

Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.

Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.

Tuesday, August 3, 2010

Gambar Buaya Besar Giler Ditemui Di Pantai Ixora Permai PD N9

Dua pengunjung pantai Ixora Permai di Pasir Panjang mengambil ukur lilit bangkai buaya tembaga sepanjang 5.48 meter yang ditemui mati dipercayai ditembak dan terdampar di pantai tersebut, dekat Port Dickson, Negeri Sembilan.


Orang ramai menunjukkan seekor buaya seberat 3 tan yang ditemui terapung di perairan Kuala Linggi dekat Jalan Tanjung Agas, Batu 21, Prt Dickson pada 12.45 tengahari, Isnin. Seorang mekanik yang hanya mahu dikenali sebagai Azoy, 30 tahun berkata, sekumpulan pelajar kolej memaklumkan kepadanya mengenai buaya itu dan selepas mengumpul rakan-rakan yang lain, Azoy menggunakan mata kail untuk menarik buaya yang telah mati lebih kurang empat hari itu.

Selepas diperiksa, buaya yang hampir reput berusia di antara 15 hingga 20 tahun dan dipercayai datang dari Sungai Linggi. Buaya tersebut kemudian di bawa oleh kakitangan Zoo Melaka untuk tindakan lanjut selepas dihubungi penduduk kampung. mstar -- Subhanallah.. Besar btul buaya tu kan.. Kt tepi pantai tu uols, bukan dlm zoo ok..huhu.

--  (Gambar) Air Mata Pokok Petai / Pokok Petai Menangis
--  Pelajar UPSI Maut Jatuh Bangunan E Learning, Gangguan Mistik 
--  Pokok Betik Berwajah Manusia Di Kg Parit Hassan Pontian 
--  Putera Jefri Bolkiah Risau Patung Erotiknya Dipandang Serong

Friday, July 16, 2010

SUBHANALLAH



Salam.. Di pagi Jumaat yg mulia ini, mari lah kita sama2 menikmati keajaiban kalimah suci ini. Perhati kan kalimah ini selama 10saat, selepas itu uols tgk permukaan dinding yg kosong.

Cuba lah buat, then komen kt sini apa yg uols nampak...
Subhanallah.

Thursday, July 8, 2010

Anak Lembu Berkepala Dua

KAHERAH - Seorang petani Mesir terkejut slps mendapati seekor lembunya melahirkan anak lembu yg mempunyai dua kepala, di utara Mesir, minggu lalu.

Pemilik lembu itu, Sobhy el-Ganzoury menganggap anak lembu berkepala dua itu sbgi 'keajaiban suci'. Menurut pakar perubatan haiwan, anak lembu itu berada dlm keadaan stabil dan mampu hidup sihat.

"Saya akn membela anak lembu ini dan menyimpannya sbg peringatan bhw Tuhan mampu melakukan apa sahaja," katanya. - sinarharian

Tuesday, July 6, 2010

Gempar Ikan Berwajah Manusia

DAGENHAM - Seekor ikan peliharaan di Britain menggemparkan pemiliknya kerana memiliki wajah seperti manusia, lapor sebuah akhbar semalam.
  
GAMBAR (dalam bulatan) menunjukkan seekor ikan kap milik Brenda O'Sullivan yang memiliki wajah seperti manusia

Ikan kap itu dibela seorang lelaki, Brendan O'Sullivan di sebuah kolam di rumahnya di sini. Lelaki berusia 44 tahun itu membeli ikan tersebut lima bulan lalu tetapi dia mula mengetahui ia memiliki tanda seperti mulut, hidung dan mata manusia baru-baru ini.

"Hanya pada minggu lalu ketika saya berjemur di belakang rumah saya, saya memerhati ke dalam kolam dan melihat ikan tersebut berenang ke arah saya," kata Brendan.

"Saya kemudian terkejut. Ia memiliki tanda seperti dua mata, hidung dan mulut. Pada mulanya, saya ingat saya mengalami halusinasi," tambahnya.

Ekoran keunikan itu, ikan kap milik lelaki berkenaan kini dianggarkan berharga £40,000 (RM196,067). - Agensi