ad ld

Showing posts with label H1N1. Show all posts
Showing posts with label H1N1. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

Bilangan Pesakit H1N1 Naik 25% Minggu Ni, 64 Kes 8-14hb

Jumlah pesakit yang disahkan menghidap Influenza A (H1N1) meningkat 25 peratus minggu ini kepada 64 kes bagi tempoh 8 hingga 14 Ogos lepas berbanding 51 kes pada minggu sebelum itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata ini menjadikan jumlah terkumpul kes positif H1N1 adalah sebanyak 15,584 orang dengan jumlah kematian kekal 92 orang.

Bagi tempoh sama, 7 kejadian kluster Penyakit Serupa Influenza (ILI) baru dilaporkan dari 5 kepada 6 negeri, turun daripada 13 kluster pada minggu sebelumnya. Selain itu, bilangan pesakit baru dengan simptom ILI yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan dalam tempoh sama mencatat penurunan sebanyak 8.9 peratus kepada 513 orang berbanding 563 pesakit pada minggu sebelumnya, katanya. Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir adalah sebanyak 360 kes di 60 buah hospital termasuk 9 hospital swasta.

Dr Mohd Ismail berkata, walaupun dunia kini berada di dalam fasa pasca pandemik H1N1, orang awam diingat supaya mengambil langkah kawalan dan pencegahan kerana penularan jangkitan virus itu dijangka berterusan untuk beberapa tahun akan datang sebagai influenza bermusim. - BERNAMA

-- Jaga kebersihan selalu ok, walau di mana uols berada.. take care.

Monday, June 7, 2010

H1N1 Ada 10 Kes Terbaru

Salam.. Uols dh baca paper hari ni? Kes H1N1 makin meningkat dgn 10 kes terbaru..huhu.. Musim cuti sekolah cmni, kebykan tempat mesti crowded gilerz la kan.

Hati2 uols berada di tempat awam, amik langkah berjaga2 paling tdk pn bw lah sanitizer ok. Uols yg ada anak2 kecil tu lg lah mesti lbh berhati2 ye. Bukan apa, bab kata org mencegah itu lbh baik dari mengubati kan. X gitu uols?

Ni petikan berita kt hmetro online tu:

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 kes baru positif influenza A (H1N1) dikesan di seluruh negara menjadikan jumlah terkumpul sehingga kini 14,952 kes.

"Terdapat sejumlah 55 kluster ILI yang masih aktif di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata, sebanyak 521 kes dirawat di hospital seluruh negara dan daripada jumlah itu 50 kes atau 9.6 peratus disahkan positif H1N1.

Baca SINI.

Take care uols.

Tuesday, May 25, 2010

VAKSIN H1N1 DI SP DH HABIS

Salam.. Uikks dh tghari bru ada n3 daaa.. Kengkawans lain dh berderet kuar cer latest kan, huhu.. Ekceli td kuar gi klinik dgn ofimates, bukan sbb sakit or demam ke apa tp plan nk inject vaksin H1N1. Dh 2-3kali gi klinik sekitar SP ni, tp unfortunately nurse kata dh abis stok. Ehh, dari last week lagi duk usha pasal tu tp still xde stok.

Dlm tv, paper duk heboh pasal ramai yg blom amik injection tu tp bila kita yg beria yg amik ni xde stok plak.. Apa cer???? Siap cakap klu nk inject, u kena gi Penang. Apa hal plak nk kena gi Penang, takkan dh x de stok extra lg pasni utk penduduk SP ni. Rasanya lagi ramai yg blom amik dri yg dh amik. Bukan apa, berurusan hal sakit pening biasa di klinik terdekat pn makan masa kan, ni kan pula nk gi Penang just utk inject.

Alahai kesian nya pada org2 yg kesuntukan masa, warga2 tua dan yg naik motor terpaksa gi Penang. Nk gi hari cuti or weekend, xyah cer la compem org ramai giler.. Uols cmne, dh inject?

--> Mcm dh xde alternatif lain kan, nape xleh hantar je stok baru?

Sunday, April 25, 2010

H1N1 - 1 LG KEMATIAN SEMLM

Salam.. Hari ni dh keje daa..Cepat masa berlalu kan, rasa blum puas lg layan cik hanim bersuka ria. huhu.. Bru lps belek paper, bleh kata semua nk cer pasal pilihanraya Hulu Selangor je. Boring btul, cuma ada gak la info yg kita perlu ambil berat.

Satu lagi kematian kes H1N1 semlm, kena jaga2 uols. Skang ni gejala penyakit tu still berlegar dlm masyarakat Malaysia. Mmg la dh ada ubat antiviral kan, injection la Tamiflu la, tp rasanya klu semua sama2 jaga kebersihan diri, keadaan sekeliling tentunya jd lbh selamat. Ini tidak, kdg2 ada gak yg jenis selamba je bersin masa org duk lalu lalang depan muka. No manners btul, mmg biadap kan. Jgn kata nk tutup mulut, ini duk tgh cakap bersin, pastu bersin blum habis lg dh kalut nk cakap semula. Habis bersembur x kira dh. Yarkks.. Nasib x baik siap bleh bau itu sembur daaa.. Geli haku.

So, sama2 lah kita hati2 dlm xtvt seharian ye uols. Kebersihan amat penting especially utk anak2. Ok uols, take care..

Wednesday, April 14, 2010

H1N1 ADA LAGI - BEWARE!!!

Salam.. Uols dh habis baca paper hr ni? Mesti perasan kan kes H1N1 terbaru tu. Peguam umur 42thn dari JB, mangsa terbaru H1N1 di Malaysia. W/pn dia korban pertama H1N1 Malaysia thn 2010 ni tp harus diigtkan itu adalah korban ke-78 since thn lps.

Klu uols ada masa, jenguk2 lah web H1N1 Malaysia utk maklumat terkini.
Antara rekod kejadian kluster penyakit serupa Influenza (ILI) yg sempat I copy dri Utusan Malaysia td:

1. SMK Kijal, Kemaman - 7org.
2. Tadika Pasti Al-Ukhuwah, Tmn Sri Kluang - 4org
3. SMK Kuala Nerang, Padang Terap - 6org
4. SMK Dato' Syed Ahmad, Padang Terap - 110rg
5. KDU Smart School, Kota Damansara - 13org
6. SRJK(C) Yak Chee, Batu 8 Puchong - dlm siasatan
7. SK Puchong Indah - dlm siasatan
8. SRJK(C) Ladang Harcroft, Puchong - dlm siasatan
9. SM Teknik Shah Alam - dlm siasatan
10.SK USJ 12, Subang Jaya - dlm siasatan
11.SRJK(C) Chung Hua, Kota Kemuning, Klang - 4org
12.Maahad Tahfiz Cenderah, Jasin - 2org
13.SMK Tun Perak, Jasin - 3org.

So, sama2 lah kita menjaga kebersihan diri dan org2 yg tersayang serta keadaan sekeliling kita agar semuanya sentiasa sihat walafiat. Insya Allah.

--> Penggunaan sanitizer adalah salah satu cara utk membersihkan tangan kita slps memegang sesuatu benda terutamanya kemudahan awam.