Biasanya saya dengar suami mengeluh kerana isterinya tak romantik  setelah berkahwin dan mempunyai anak. Dengan alasan tersebut mereka akan  mencari orang ketiga untuk mengisi kekosongan di hati. ‘‘Jadi saya nak tanya pembaca semua jika keadaan terbalik, suami  pulak tidak romantik setelah berkahwin dan mempunyai anak, apakah patut  si isteri mencari pengganti baru atau kekasih untuk mengisi kekosongan  di hati?’’ Demikian pertanyaan Norjaslina dalam emelnya kepada penulis.
‘‘Suami sering menyalahkan isteri tak romantik, tak pandai layan  suami, tak tahu bersolek, badan berbau, pakaian di rumah buruk. Semua  masalah itu menjadi punca mereka cari kekasih. Tetapi pada saya suami  juga teruk perangai serta busuknya bau badan mereka. ‘‘Macam suami saya, sejak mula bercinta macam nak matilah kita raikan  hari lahirnya, dia haram tak pernah ingat hari lahir saya. Alasannya  terlupa. Waktu bercinta apa juga alasannya saya terima. Kerana sayang  konon.
‘‘Tetapi sekarang dah lebih 10 tahun berkahwin, alasannya masih sama  juga. Percaya tak kalau saya katakan dia tak pernah belikan saya hadiah  langsung untuk hari lahir saya. Bila saya tanya dia kata buat apa  membazirkan duit. ‘‘Suami saya Fikri ni bukan setakat lupakan hari lahir saya, ulang  tahun perkahwinan pun dia tak pernah ingat. Bila saya tanya tak ada kad  ke dia kata, ‘‘Buat apa beli kad mulut ada ucaplah sendiri!’’ ‘‘Sekarang  saya nak dengar ucapan dari mulut abang!’’ Dia kata, ‘‘awak dah ingat  tu kira samalah tu’’ Aduh sakitnya hati. Begitulah hati dan perasaan Fikri sejak dari mula kami kahwin  hinggalah sekarang. Agaknya kalau panjang jodoh kami sampai saya mati  pun dia tak akan belikan alasannya terlupa.
‘‘Biasanya tiap-tiap tahun saya akan ajak dia makan kat luar atau  saya masak special untuk raikan ulang tahun perkahwinan kami, dia boleh  tanya: ‘‘Buat apa makan kat luar. Saya pulak terpaksa bagi tahu hari ini  ulang tahun perkahwinan kita.
‘‘Hairannya bila saya raikan hari lahirnya dia tak kata pun membazir  bila saya beri dia hadiah istimewa. Dia kata terima kasih. Senyum sampai  telinga. ‘‘Sekarang bila anak-anak dah besar bila saya ingatkan dia hari lahir  saya, maka dia akan panggil anak-anak suruh nyanyi lagu selamat ulang  tahun. Lepas tu dia akan buat ucapan menyakitkan hati saya, ‘‘dah  semakin tua you sekarang ya’’. ‘‘Bila saya tanya mana hadiah dia akan membebel, tak ada duit. Kalau  saya minta hadiah juga dia akan hulur duit RM30 atau RM50. ‘‘Hah awak  ambillah duit ni belilah hadiah apa awak suka.
‘‘Saya bukanlah romantik sangat, tetapi saya akan periksa apa  keperluannya, sama ada dia perlu baju baru, tali leher, pewangi, kasut  atau apa sahaja yang dia suka. Bila dapat hadiah senyum sampai telinga. ‘‘Tapi kalau raikan hari lahir saya dan anak-anak dia mula kata  membazir. Bukan saya buat minta duit dia. Tambah pelik dia tak pernah  ingat hari lahir anak-anak apa lagi saya. Agaknya dia kedekut, takut  kami minta belikan hadiah. ‘‘Mulai tahun ini saya dah buat keputusan muktamad, saya tak akan  raikan hari lahir Fikri lagi, kerana dia tak pernah ingat hari lahir  saya atau ulang tahun perkahwinan kami. Tapi untuk anak-anak saya akan  tetap raikan, bukan nak buat parti besar-besaran, cukup sekadar kami  anak beranak. Pada saya meraikan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan adalah untuk menimbulkan rasa ceria dan gembira dalam keluarga.
‘‘Kesan daripada tindakan saya tidak meraikan hari-hari yang bermakna  ini mungkin perasaan kasih sayang antara kami semakin jauh, cinta kami  semakin hambar dan jiwa saya semakin kosong. Jadi apa lagi yang tinggal  kalau jiwa dah hambar dan tidak menggembirakan lagi? ‘‘Kebanyakan suami berfikiran apabila sudah jadi isterinya sama ada  suka atau tidak wanita itu akan terus jadi isterinya. Jadi tak payahlah  nak jaga hati dan perasaan isteri. Pada saya itu satu perangai buruk  suami tak tahu menilai dan menjaga hati isteri. ‘‘Satu lagi perangai buruknya tak suka kalau kawan atau jiran kita  datang ke rumah dia akan tunjukkan perangai buruk menengking dan  memarahkan anak-anak dengan suara amat kasar depan tetamu.
Namun apabila berdepan dengan suami seperti ini, peranan isteri amat  penting, cuba cari dan fikirkan perangai baik yang tersembunyi dalam  diri suami anda yang perlu anda beri pujian, lama kelamaan mungkin dia  boleh berubah, semoga anda terlepas daripada tekanan yang menyiksa jiwa. - petikan Utusan
1 comment:
eee...minta dijauhkan... loya amy bc suami macam nih...:p
Post a Comment