ad ld

Showing posts with label JAKIM. Show all posts
Showing posts with label JAKIM. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

Bihun Cap Masjid Guna Logo Halal Tidak Sah-JAKIM (Gambar)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa menafikan mengeluarkan sijil dan logo halal yang sah kepada pengusaha produk 'Bihun Istimewa' menggunakan lambang masjid  keluaran sebuah syarikat yang beroperasi di ibu negara.


Jakim menafikan pengiktirafan halal yang diberikan selepas gambar yang menjijikan seorang lelaki tanpa baju yang dipercayai sedang membungkus mihun jenama berkenaan tersebar di laman sosial. Sehubungan itu, Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusof menegaskan, syarikat berkenaan tidak pernah diberikan sijil halal daripada Jakim seperti yang tertera pada produknya.

Friday, November 26, 2010

(Gambar) Restoran Vegetarian Pamer Logo Halal Palsu Di Jln 8/1E P.Jaya Diserbu

PETALING JAYA 24 Nov. – Tindakan sebuah restoran vegetarian memaparkan logo halal di luar pintu masuk premis itu tanpa sijil yang sah mengundang padah apabila diserbu pihak berkuasa hari ini.

Lebih malang restoran yang diusahakan oleh pemilik bukan Islam itu dan terletak di Jalan 8/1E di sini, difahamkan sering dikunjungi orang Islam terutamanya untuk makan tengah hari.

Saturday, September 4, 2010

Info : Henti Guna Minyak Sapi QBB Pure Ghee

KUALA LUMPUR - Masyarakat Islam dinasihatkan menghentikan penggunaan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee (gambar) keluaran syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. ekoran penarikan balik status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos lalu.


Nasihat itu dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas pemantauan Jakim mendapati produk tersebut mengandungi elemen-elemen yang meragukan dari segi status halalnya. - KOSMO

Salam.. Uols dh baca artikel tu? Tentu ramai yg penah gunakan produk tu kan.. Ohh no no no!!!! Nape byk produk makanan yg diragui status halal skang ni kan. Tahniah dan terima kasih diucapkan pd pihak berwajib dlm usaha mengenalpasti dan mengesahkan status sesuatu produk utk umat Islam. Harap2 usaha lbh keras dihasilkan utk kepentingan pengguna.

Wednesday, August 18, 2010

70% Buffet Ramadan Campur Arak - JAKIM

Hampir 70% daripada pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas hotel-hotel dan premis makanan di sekitar Lembah Klang yang berselindung di sebalik terma bufet Ramadan diragui status halalnya. Hotel terbabit yang tidak memiliki sijil halal telah mencampurkan alkohol dalam masakan untuk penyediaan bufet Ramadan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan oleh 20 penguat kuasa pasukan jabatan itu. Menurutnya, berikutan itu pihaknya mengarahkan hotel terbabit dengan serta-merta tidak menggunakan alkohol agar tidak mengelirukan pengguna Islam yang menikmati juadah berbuka puasa di situ.

"Kita melakukan pemeriksaan setiap hari dan meningkatkan pemantauan mulai 1 Ramadan lalu di semua hotel di sekitar Lembah Klang dan didapati kebanyakan hotel gemar mencampurkan arak dalam masakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Jakim baru-baru ini mengeluarkan amaran kepada pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. - utusan

-- Hati2 uols.. Sesape yg nk berbuka puasa kt hotel tu, check status halal dlu ok..

Wednesday, July 14, 2010

Kursus ESQ Leadership Boleh Dilaksanakan Di Malaysia

PUTRAJAYA 14 Julai – Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan kursus ESQ Leadership Training boleh dilaksanakan di Malaysia.

Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, bagaimanapun ia harus dilaksanakan di bawah pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah ESQ yang direstui Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Katanya, keputusan itu dibuat setelah muzakarah yang bersidang pada 16 Jun lalu berpuas hati dan berpandangan bahawa kebanyakan unsur keraguan dalam kursus itu boleh diperbetul dan diperjelaskan. – Utusan

Saturday, July 10, 2010

ESQ Tidak Bertentangan Islam

IPOH - Program motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd (ESQ) tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam serta tidak mempunyai unsur yang membawa kesesatan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, program itu juga tidak ada kena mengena dengan fahaman liberalisme dan pluralisme.
Menurutnya, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 16 Jun lalu memutuskan bahawa ESQ tidak bertentangan dengan akidah dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Muzakarah (Jawatankuasa) Fatwa Kebangsaan oleh mufti seluruh Malaysia bersidang sebanyak tiga kali bagi membincang secara terperinci program ESQ,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, mengharamkan modul program berkenaan kerana didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Harussani berkata, pengasas ESQ, warga Indonesia Ary Ginanjar Agustin juga dipanggil menjelaskan beberapa perkara dan perkataan yang kurang jelas dalam buku ESQ yang ditulis dalam Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia.
“Kita (Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan) berpuas hati dengan penjelasan (beliau) bahawa (ESQ) tidak ada kena mengena langsung dengan fahaman liberalisme dan pluralisme,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa itu turut menasihati ESQ supaya membentuk panel syariah dan syarikat itu melantik beberapa bekas mufti sebagai anggota panel itu.
ESQ menubuhkan panel syariah dan akidah yang diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman untuk memantau, menasihat dan menambah baik modul latihannya.

Harussani juga berkata, beberapa mufti turut berjumpa dengan beberapa ulama Indonesia untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai program itu selain Majlis Ulama indonesia sendiri memperakui program itu baik.

Di KUANTAN, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, program motivasi boleh diteruskan di negeri ini.
Menurutnya, Jawatankuasa Fatwa Pahang, belum ada sebarang fatwa selagi ia berlandaskan al-Quran dan Sunnah. - sinarharian

Friday, July 9, 2010

ESQ : JAKIM Akan Teliti Semula Program - Mashitah

JERLUN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meneliti semula program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) yang diharamkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana dikatakan mendukung fahaman liberalisme.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata Jakim akan meneliti dan mendalami modul ESQ terlebih dulu untuk melihat dengan lebih jelas apa yang disifatkan sebagai menyeleweng itu.
 
"Kita akan semak semula modul itu kerana mereka (ESQ) ini peniaga, jadi kita tidak mahu menyekat rezeki orang, tetapi kita akan semak, jika benar ada penyelewengan yang berlaku, kita terpaksa ambil tindakan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Jerlun di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program berkenaan kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Katanya, Jakim juga mempunyai rekod berhubung program yang dikendalikan ESQ.

"Program itu masih diteruskan dan hari ini, kita tidak boleh mengatakan sama ada ia sah atau halal kerana selepas ini, kita tidak tahu apa yang mereka buat, jadi kita akan memantau dari semasa ke semasa," katanya.

Mashitah berkata, beliau percaya keputusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul ESQ bagi membimbing atau mengelakkan pemesongan akidah.
"Masyarakat kita memang mudah sangat terikut dengan sesuatu perkara, tambahan pula perkara yang membabitkan kesedaran akidah. Tetapi kita perlu menjaga supaya ia tidak terseleweng daripada akidah.

"Kita akan ambil langkah awal untuk mengelakkan perkara itu berlaku kerana ia boleh membabitkan penyelewengan akidah yang lebih dahsyat jika dibiarkan," katanya. - Bernama - bharian