ad ld

Wednesday, July 14, 2010

Slps Kahwin S/U Sulit Kanan Menteri, Annahita Tak Sabar Timang Anak

PELAKON dan pengacara Annahita Bakavoli yang baru sahaja menamatkan zaman bujang dengan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Saiful Baha Datuk Mohd Arshad, Sabtu lalu merancang mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat.

Gadis berusia 28 tahun ini mengakui ini adalah masa paling tepat untuknya menjalani kehidupan baru dengan keluarga yang sempurna. "Kami merancang untuk mendapat anak kalau boleh tahun depan sebab usia saya pun sudah mencecah 28 tahun. Ini adalah masa yang paling sesuai. Saya mahu menjalani kehidupan sebuah keluarga yang bahagia dan sempurna.

"Namun begitu itu ia hanyalah sekadar perancangan. Kalau tidak ada rezeki kami terima tapi secara jujurnya saya sudah bersedia menjadi seorang ibu," jelas Annahita.

Anahita dan Saiful Baha diijabkabul di Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam selepas solat Asar, 11 Julai lalu. Menurut Annahita perkenalan yang kurang daripada setahun itu bukanlah penghalang untuk dia menerima lelaki tersebut dalam hidupnya. Dia yakin lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu mampu menjadi seorang suami dan ayah yang baik.

Dalam majlis pernikahajn itu, Annahita turut menerima wang hantaran sebanyak RM21,212.21 dan mas kahwin sebanyak RM2,000. Mereka bakal mengadakan majlis resepsi pada 16 Julai ini di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KGCC), Mont Kiara, Damansara. - Petikan mstar

12 comments:

Kancilbiru said...

owhhh dah kahwin rupanya..senyap2 jer dia..bagus la...

Kamsiah yusoff said...

jgn masuk senarai artis yg tunggu giliran kat mahkamah syariah dah la ya..

azimask said...

waahh datin la pas nieh... emmmm semua kawen nak pangkat datuk jeee... huhuhuhuh

Syida said...

maybe dia akan jadi suami yang baik sebab banyak pengalaman...hehehe

mamaarifakeemaisy said...

dah kawen, seharusnya nak kena ada anak la..baru ceria rumahtangga kan...^_^

GREENJADE said...

hehehe asal lawa jek datuk sambar.. asal sambar je musti lawa2 hahaha..motif?

moga bkekalan ke akhir hayat..Aminn..

Mama Hanim said...

Kancilbiru: tu la kan.. bagus la cmtu..hehe..

Mama Hanim said...

Kamsiah: btul3..hehe..

Mama Hanim said...

mimie: dlu penah gak terserempak dia kt sec 9 shah alam, tp dh lama woo..zaman ambo dating2 dlu..hehe..

Mama Hanim said...

Syida: ur right bebeh..huhu..

Mama Hanim said...

mamalieyna: btul3.. biasa la tu kan..

Mama Hanim said...

Tinie: Huhu.. Amin..

Ooopss..Shah Alam tu kan 'jajahan takluk' cik puan tinie.. Dia x ajak kenduri ke? kui3..