ad ld

Sunday, June 20, 2010

Saya Tak Layak Jadi Ikon : Saiful Apek

"Saya insaf! Saya percaya untuk menjadi manusia yang baik, saya perlu terlebih dulu melalui insiden buruk. Soal imej buruk atau sebaliknya, itu terpulang kepada masyarakat. Dengan rendah hati, saya mengakui tidak layak untuk diangkat sebagai ikon atau contoh kerana ikon sejati ialah Rasulullah SAW.

"Tiada siapa yang akan dapat menggantikannya dan Alhamdulillah, penahanan itu membawa fadilat tersendiri untuk saya rasai nanti,” kata Saiful Apek, 41, dalam nada sebak yang sekali gus menyatakan hasratnya mengundur diri daripada industri hiburan untuk memberikan tumpuan kepada aktiviti kemasyarakatan.

"Saya berundur diri kerana ingin berehat dan mahu merasai nikmat hidup sebagai orang sihat serta bebas,” katanya menerusi panggilan telefon, petang semalam.

Pelawak yang nama penuhnya, Mohd Saiful Azam Mohamad Yusoff berkata, pengalaman ditahan reman selama empat hari sebelum dibebaskan Khamis lalu, menimbulkan keinsafan dan membuatkan dia bersyukur kerana dapat kembali menghirup nikmat kebebasan seperti manusia lain.

Penahanan itu juga katanya, mencetuskan idea kepadanya untuk melancarkan kempen berjuang menentang penyalahgunaan alkohol, dadah serta penganiayaan.

Katanya lagi, penahanan itu turut membawanya melalui satu proses transisi, membuat dia lebih mengenali diri dan mengetahui siapa teman sejati dan lawan.Saiful Apek berkata, keputusan itu diambil bukan kerana insiden hitam yang dilalui sebaliknya dia ingin menyempurnakan sebuah hasrat yang sekian lama diimpikan.

-- Petikan bharianonline. Baca SINI.

4 comments:

ibu wawa said...

Yang dah lepas biarkan berlalu, bina hidup baru dengan azam baru...

LYaFRINA said...

eyhhh.. silap masuk k ni????
biasa kaler biru2.. tup tup buka hari ni.. cerahhhh mata memandang.. NICE!!!!

**apek... y lps biarlah lps.. tiap org ada lakukan ksilapan.. tp jgn lps ni tjerabak kembali.. mungkin betul.. d sebalik insiden ni tsembunyi 1000 rahmat utk saiful utk lbh mghargai hdup n knali jati diri..

Mama Hanim said...

ibu emy efy eqy : btul tu, buka lembaran baru utk kehidupan seterusnya..

Mama Hanim said...

Lya: alahai..nice kerrr? huhu..tq2..

stuju2.. gunakan peluang yg ada utk kehidupan yg lbh bermakna..