ad ld

Thursday, June 3, 2010

Ciuman perokok boleh bunuh kanak-kanak: Pakar

MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya pada kerongkong mereka.
"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium.

"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," katanya seperti dipetik laporan Australian Associated Press.

Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia. - Bernama.

--> Sumber bharian.com.

12 comments:

Ena said...

bahaya nye kan!..
tapi camner nak halang erk? tak kan nak marah perokok tu yg pegang anak kita dan cium2.. huhu.. maksud ena mereka tu mungkin ipar duai ker sedara mara ke.. kalau yg jenis muka selamba leh la cakap.. "dah smoking tu p gosok gigi dulu.. kumur2 dah clear segala jenis bauan tu.. baru leh datang dekat ngan budak2 nie".. hehehe

azimask said...

erkkkk .. nasib baik suami bukan perokok.... huhuhuhu

salah satu syarat masa mencarik calon suami dahulu.. heheheheh

bukan perokok... :P

Mama Hanim said...

Ena; tu ler pasal...hopefully perokok bacer info ni...huhuhu..sendiri mau ingat la beb..

Mama Hanim said...

MIMIE; hubby pon bukan perokok..
ada syarat rupanya untuk dapatkan cik mimie kita ni...n of course 'ling' skang ni orang yang dapat memenuhi syarat2 tu kan...kan..

mamaarifakeemaisy said...

ada terdengar kt radio petang semalam rasanya..eeiii mmg bahaya kan..seb baik en suami bukan perokok, kalo idak, jgn hrp dpt cium my arif..hehe..

Syida said...

Hah? Info baru ni. NAsib baik Asben dah quit smoking since kita peknen.alhamdulilah..

Ju@Lucky^Mummy said...

uiks...

bahaya ni...

Zaidah said...

alhamdulillah asben tak merokok...senang cakap ape yang berkaitan ngan rokok nier memang merbahayakan...

Mama Hanim said...

mamalieyna: hehe.. tu la kan..aman je hidup tanpa asap rokok..huhu..

Mama Hanim said...

SyidaMislan: Wahhh..tahniah2.. bukan senang nk benti rokok kan.. kena ada azam yg kuat tu..

Mama Hanim said...

Ju: Tau x pe..hehehe..

Mama Hanim said...

Zaidah: btul tu.. apa2 je bab rokok mmg bahaya n membazir kan..