ad ld

Tuesday, July 6, 2010

Gempar Ikan Berwajah Manusia

DAGENHAM - Seekor ikan peliharaan di Britain menggemparkan pemiliknya kerana memiliki wajah seperti manusia, lapor sebuah akhbar semalam.
  
GAMBAR (dalam bulatan) menunjukkan seekor ikan kap milik Brenda O'Sullivan yang memiliki wajah seperti manusia

Ikan kap itu dibela seorang lelaki, Brendan O'Sullivan di sebuah kolam di rumahnya di sini. Lelaki berusia 44 tahun itu membeli ikan tersebut lima bulan lalu tetapi dia mula mengetahui ia memiliki tanda seperti mulut, hidung dan mata manusia baru-baru ini.

"Hanya pada minggu lalu ketika saya berjemur di belakang rumah saya, saya memerhati ke dalam kolam dan melihat ikan tersebut berenang ke arah saya," kata Brendan.

"Saya kemudian terkejut. Ia memiliki tanda seperti dua mata, hidung dan mulut. Pada mulanya, saya ingat saya mengalami halusinasi," tambahnya.

Ekoran keunikan itu, ikan kap milik lelaki berkenaan kini dianggarkan berharga £40,000 (RM196,067). - Agensi

7 comments:

azimask said...

owwhh itu tandanya kiter berada semakin hampir dgn kiamat... semakin banyak benda pelik berlaku semakin hampir kiter dengan kiamat.. emmm amalam tak cukup lagik.. takut.... :D

Kniedaz said...

keajaiban alam..subhanallah

Anonymous said...

mahal tue..

BIONIC WOMEN said...

uihh...takutnya tengok ikan tu..
kuasa Allah semua tu

Mama Hanim said...

mimie: btul tu..stuju2..

Mama Hanim said...

Kniedaz: kuasa Allah..

Mama Hanim said...

Eily: satu lg bukti betapa hebatnya kuasa Allah.