ad ld

Monday, July 19, 2010

Anak 2 Tahun Maut Digilis Lori Bapa

Seorang lelaki tidak menyangka kenderaan berat yang memberikan sumber pendapatan kepada seluruh ahli keluarganya akan meragut nyawa anak kesayangannya selepas tidak menyedari mangsa digilis ketika mengundurkan kenderaan berkenaan, petang kelmarin. Tragedi ‘lori berdarah’ di Felda Neram 1, dekat sini, itu berlaku ketika mangsa berusia dua tahun mengekori bapanya dan tanpa disedari lelaki berkenaan mengundurkan kenderaan itu untuk mengalihkannya ke garaj berhampiran.

Ketua Polis Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa kira-kira jam 6.30 petang menyebabkan mangsa, Farida Nasuha Muhd terbunuh di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan. Menurutnya, bapa mangsa berusia 52 tahun hanya menyedari dia terlanggar sesuatu selepas berhenti dan terkejut melihat anaknya terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Lelaki berkenaan sudah memerhatikan anaknya, malah ketika kejadian dia sempat melihat seorang lagi anak lelakinya yang berusia 3 tahun di tepi rumah, tetapi tidak menyedari kelibat anak perempuannya itu.  “Lelaki berkenaan bekerja sebagai pemandu lori dan mengalihkan kepala lori terbabit selepas diarahkan isterinya berbuat demikian,” katanya. - Petikan hmetro

2 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Innalillah...seram la kejadian cenggini...mintak simpang!

Mama Hanim said...

mamalieyna: btul tu eina.. Nauzubillah..