ad ld

Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Tuesday, July 20, 2010

CCTV Rakam Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Lori Di Lekas

KUALA LUMPUR 19 Julai – Polis meminta orang ramai supaya tampil membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Kilometer 11.5 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), arah selatan, dekat sini Jumaat lalu. Kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu berlaku berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Beranang, apabila motosikal mangsa, G. Balan, 37, dirempuh dari belakang oleh kenderaan terbabit.

GAMBAR kiri dari rakaman CCTV menunjukkan sebuah lori pick-up dan beberapa buah motosikal melalui lebuh raya di Kilometer 11.5 Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas) arah Selatan, kira-kira pukul 8 pagi Jumaat lalu.

Balan kemudian diseret sejauh beberapa meter mengakibatkan mangsa yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Pemandu lori itu bagaimanapun tidak berhenti dan melarikan diri setelah menyedari kejadian tersebut.

Gambar memaparkan penunggang motosikal yang berada di belakang jatuh dipercayai dilanggar oleh lori tersebut yang berlalu pergi. Penunggang motosikal itu maut.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar ketika dihubungi hari ini berkata, sehingga kini, pemandu lori terbabit masih tidak membuat sebarang laporan. Beliau berkata, ketiadaan laporan pemandu lori dan saksi yang tampil menyalurkan maklumat menyukarkan siasatan kes berkenaan. Katanya, siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian. - utusan

Monday, July 19, 2010

Anak 2 Tahun Maut Digilis Lori Bapa

Seorang lelaki tidak menyangka kenderaan berat yang memberikan sumber pendapatan kepada seluruh ahli keluarganya akan meragut nyawa anak kesayangannya selepas tidak menyedari mangsa digilis ketika mengundurkan kenderaan berkenaan, petang kelmarin. Tragedi ‘lori berdarah’ di Felda Neram 1, dekat sini, itu berlaku ketika mangsa berusia dua tahun mengekori bapanya dan tanpa disedari lelaki berkenaan mengundurkan kenderaan itu untuk mengalihkannya ke garaj berhampiran.

Ketua Polis Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa kira-kira jam 6.30 petang menyebabkan mangsa, Farida Nasuha Muhd terbunuh di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan. Menurutnya, bapa mangsa berusia 52 tahun hanya menyedari dia terlanggar sesuatu selepas berhenti dan terkejut melihat anaknya terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Lelaki berkenaan sudah memerhatikan anaknya, malah ketika kejadian dia sempat melihat seorang lagi anak lelakinya yang berusia 3 tahun di tepi rumah, tetapi tidak menyedari kelibat anak perempuannya itu.  “Lelaki berkenaan bekerja sebagai pemandu lori dan mengalihkan kepala lori terbabit selepas diarahkan isterinya berbuat demikian,” katanya. - Petikan hmetro

Thursday, June 17, 2010

ADA KAH MEREKA SELAMAT?

Salam.. Apa perasaan uols tgk picca ni? Agak2 cmne la keadaan driver nya kan, or lbh teruk lagi jika ada penumpang kt belakang kete tu? Picca ni I snap tghari td, sgt2 terkezut mula2 tgk tu. Ngeri sgt kan.. Semua road users lain mmg terpaku, geleng2 kepala bila kete tu lalu..


Nmpk ada gak yg tya driver tow tu cmne accident berlaku, tp I x dpt dgr dgn jelas conversation dorg. Just bleh agak la, kete tu mybe terbalik or kena hentam dgn kenderaan lbh besar dri belakang kan.

Musim cuti sekolah cmni mmg byk sgt kita dgr kes kemalangan. Harap2 road users sntiasa lah berhati2, bertimbang rasa n berhemah di jalanraya kan.

Ok la uols, take care ok.. Jumpa lagi..

Saturday, April 17, 2010

ACHIK SPIN MAUT KEMALANGAN - TAKZIAH

Salam. Agak terkejut tgk Buletin Utama td, Achik Spin maut kemalangan. Rasanya pg td bru tgk dia dlm tv dgn nana utk promo satu rancangan. Allah Maha Besar, semuanya telah ditentukan.

Ekceli byk gak lagu2 dia dlu2 yg kami minat, mmg best layan. Apapun, takziah utk seluruh keluarga Achik. Al-Fatihah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.