ad ld

Tuesday, June 29, 2010

MAKAN Setiap 15 Minit Tp Masih KURUS

AUSTIN - Seorang gadis yang menjadi pelajar sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS), Lizzie Velasquez makan 60 kali sehari tetapi memiliki berat badan seperti kanak-kanak berusia lapan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Velasquez menghidap penyakit Sindrom Neonatal Progeroid (NPS), menyebabkan dia cepat tua, hilang lemak dan tisu badan.

Untuk kekal bertenaga, pelajar perempuan berusia 21 tahun itu makan setiap 15 minit dalam sehari dengan pengambilan tenaga bersamaan 5,000 hingga 8,000 kalori tetapi berat badannya tidak pernah melebihi 27.4 kilogram.

"Saya selalu menimbang berat saya dan saya akan teruja jika berat saya bertambah walaupun cuma 0.4 kilogram," kata Lizzie yang memiliki ketinggian 157.5 sentimeter.

"Saya makan sedikit kerepek, gula-gula, coklat, piza, kek, donut, ais krim, mi dan kuih sepanjang hari dan saya sedih apabila orang mendakwa saya kurus kerana menghidap aneroksia," tambahnya.
Lizzie dilahirkan empat minggu pramatang dengan berat cuma 1.1 kilogram dan kesihatannya sering terganggu.- Kosmo.

5 comments:

Ena said...

kesiannyakan...

Alhamdulillah... sbb kita diberi kesihatan yg baik.. dan semoga kesiahatn kita terus baik.. Amin. :)

Mama Hanim said...

Ena: tu la kan.. kita patut sentiasa bersyukur.. Alhamdulillah..

BIONIC WOMEN said...

yg makcik kat sini plak...punyerlah payah nak makan tapi payah gak nak kurusnya..hehe..saper tu?

Mama Hanim said...

Eily: hehe..
xpe2, janji tetap cun kan..kui3..

~ain said...

Tetiba macam rasa bersyukur sebab gemuk.. heheehheheheh