ad ld

Tuesday, June 15, 2010

36 Penyakit Dilindungi Dana KWSP

Pengeluaran Kesihatan penyakit kritikal baru kuat kuasa hari ini

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah jumlah penyakit kritikal yang boleh dikeluarkan di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 13 jenis penyakit kepada 36 jenis penyakit.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, jumlah penyakit kritikal yang baru berkuat kuasa hari ini.

“Senarai ini diperluaskan selepas KWSP mengambil kira kos yang tinggi diperlukan bagi merawat penyakit kritikal dan bagi meringankan beban kewangan ahli dalam mendapatkan rawatan berkenaan.

“Selain daripada 36 penyakit kritikal ini, ahli juga boleh membuat pengeluaran bagi merawat ahli keluarga berumur di bawah 16 tahun untuk tiga lagi penyakit kritikal iaitu lelah yang teruk, leukemia dan kecacatan intelektual disebabkan kemalangan atau penyakit,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

-- Sila baca sini utk seterusnya :  bharian.

2 comments:

Kancilbiru said...

bagus...ada perubahan untuk kebaikan...termasuk blog ni..hihihi

Mama Hanim said...

Niza: hehe.. stuju2.. tq2..