ad ld

Wednesday, July 21, 2010

Promosi Pantai : Keldai Diikat Pada Payung Terjun

MOSCOW - Pengunjung-pengunjung sebuah pantai di selatan Rusia terkejut apabila mereka melihat seekor keldai terjun dengan menggunakan payung terjun pada minggu lalu, kata polis semalam.

GAMBAR bertarikh 9 Julai lalu menunjukkan seekor keldai terjun dengan menggunakan payung terjun di sebuah pantai di selatan Rusia

Haiwan itu kelihatan ketakutan semasa ia hendak mendarat di sebuah pantai di kampung Cossack. Menurut seorang jurucakap polis, haiwan itu sebenarnya melakukan aksi pada satu kempen iklan yang dibiayai beberapa ahli perniagaan untuk menarik kehadiran orang ramai ke pantai berkenaan.

Namun, ia kini menjadi satu siasatan polis selepas gambar keldai itu disiarkan media yang mengkritik penggunaan haiwan tersebut. Akhbar Taman melaporkan bahawa kanak-kanak di pantai itu menangis dan bertanya kepada ibu bapa mereka kenapa keldai tersebut diikat pada payung terjun. - kosmo

-- Agak2 la nk bt promosi pun, kesian kt keldai tu, silap2 mau sakit jantung binatang tu kan..

4 comments:

GREENJADE said...

nape la ala2 bodo sangap jek si penganjur tuh..sian nate yg x besalah tuh. sakit woooOOo..mau tekucil2 keldai tuh kat atas tuh aihh

xde perikemanusiaan..mmg elok pihak bkuasa cpt2 investigate & take action mende ngarut gitu

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

mak ai dasyat punyer promosi ni...lain dari yang len...tapi kesian la kat binatang yang tak berdosa tu...
anyway salam kenalan

Mama Hanim said...

Tinie: cmtu lah kot bila bengong dh smp tahap infinity...huhu..

Mama Hanim said...

Anje: kreatif tp kejam..huhu..

salam kembali.. errr, ekceli saya dh lama follow anje, mybe anje x perasan kot..