KUALA LUMPUR: Pelakon filem terkenal, Ida Nerina dan suaminya Sha'arin Mohd Razali masih lagi pasangan suami isteri yang sah.
Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.
Sha'arin atau lebih dikenali sebagai Shahrin bekas anggota kumpulan muzik Blackrose selaku plaintif gagal membuktikan tentang lafaz cerai yang berlaku pada 22 September tahun lalu di rumah mereka di Petaling Jaya. Ida hadir mendengar keputusan pengesahan lafaz cerai itu dengan ketiadaan Shahrin yang tiba lewat sehingga mahkamah selesai bersidang.
Kes berkenaan disebut di bawah Seksyen 55A Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.
Kos mahkamah masing-masing akan ditanggung oleh mereka. Menurut peguam Shahrin, Mahyuddin Md. Zahari, anak guamnya itu sedang dalam perjalanan ke mahkamah ketika perbicaraan berlangsung kerana sebelum ini dia dimaklumkan kes tersebut ditangguhkan.
Ida yang hadir berkerusi roda enggan memberikan sebarang komen ketika ditemui di luar mahkamah. Dia ditemani tiga rakan wanitanya termasuk aktres Nanu Baharudin dan Tania Khan (Amazing Race).
Pada 22 Januari lalu, Ida melalui peguamnya, Akhbardin Abdul Kadir bersetuju untuk diceraikan secara baik. - Petikan mstar
2 comments:
amboi kak wani...sedia melaporkan berita2 terkini luar dan dalam negara mesia... hahahahah
Amy: sem ni class x byk sgt, byk masa free la katakan..kui3..
sila bagi chance ye amy..ahakss..
Post a Comment