ad ld

Wednesday, July 21, 2010

Melayu Paling Ramai Tengok Porno

Satu kajian terbaru membuktikan remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah sekali gus mendorong mereka terjebak dengan gejala seks bebas berbanding kaum Cina dan India. Kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia itu mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber.
 
FENOMENA ramai remaja Melayu mengunjungi kafe siber untuk mengakses laman web lucah begitu membimbangkan. - Gambar hiasan

Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa 15 peratus remaja Melayu suka melepak, menghisap rokok (13.7 peratus) manakala ponteng sekolah dan memaki hamun orang masing-masing 11.5 peratus.

Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan yang mengetuai kajian itu berkata, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menerusi Internet menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dengan gejala tersebut. Beliau berkata, lebih mendukacitakan, ibu bapa yang ditemu bual tidak mengaku kesilapan anak masing-masing sedangkan si anak mengakui kesalahan salah laku yang dilakukan mereka ketika disoal selidik. "Dulu, ponteng sekolah yang mendominasi salah laku pelajar tapi kini, mereka yang ditemu bual oleh kumpulan penyelidik kami mengaku lebih suka tengok pornografi dengan ke kafe siber,'' katanya. - kosmo

13 comments:

Madam Amie said...

erk...

Anonymous said...

oooooo patutlah tun M dok bising2 suh psg filter !

AishaAminudin said...

nak wat camner..org melayu ni yg x bole smua nk di buat..kes rogol pon org mlayu gak yg ramai.. abis camno..sapa suruh blakon x pakai baju..he..he..dorang tgk la

Syida said...

mentaliti diorang ni dah dipre-set ke situ.susah la.unless, diorang sendiri yg nak berubah.

Mama Hanim said...

Amy: huhu..

Mama Hanim said...

Kf: btul tu..

Mama Hanim said...

Adyshariz: stuju2..huhu..

Mama Hanim said...

Syida: btul tu cik puan gorjes..

Anonymous said...

adoila! jg baby lagi senang drpd jaga anak yg meningkat remaja..huhu

mamaarifakeemaisy said...

alahai..siannye orang melayu..pokok pangkal didikan, tapi ada jgk terikut kwn, ada jgk sikap diri sndiri yang nak ambik tau hal2 mcm tu..susah nak control, sbb sumber ada di mana2, senang excess..aduhai, ada filter baeeeek punya kan senang! huh..

KIDbrush® said...

Adehei... ini kan Malaysia, mmg la Melayu yg tengok... kalu kat Bangladesh, Bangla la yg tengok. Adussss


KiD :( pon ramai gak yg x serik rakam diri sendiri....

HANI said...

itulah kenyataannya yang terpaksa diterima...bila anak makin besar kita pulak yg jd takut...betul...jg baby lagi senang...tapi yg peliknya ibu bapa pulak yg tak boleh terima kenyataan perihal anak2 mereka...jangan kata nak larang atau nasihat..aduh..kadang2 segelintir mak bapa juga menengok benda tu..tu yg dia terpaksa cover anak dia tu..ntahlah dunia akhir zaman ni...minta dijauhkan...

GREENJADE said...

kat umah bley la pantau..

tp bile kat luar mane mak bapak nk napok ye dok..? maka pepandai jek bebudak nih buat mende2 x senonoh ngarut2 nih..

nape melayu makin LAYU..?uhhhh