ad ld

Friday, July 2, 2010

Keputusan Piala Dunia - Brazil vs Belanda

Belanda menundukkan Brazil 2-1 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan yang berlangsung di Stadium Nelson Mandela Bay di sini, sebentar tadi.

PEMAIN Belanda, Wesley Sneijder (10) menjaringkan gol kedua ketika menentang Brazil pada peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, malam tadi. Brazil tewas 1-2 kepada Belanda. - Foto AFP




Gol Brazil dijaringkan Robinho pada minit ke-10. Manakala, sejurus separuh masa kedua bermula, Belanda terus mengasak dan memperoleh gol penyamaan selepas hantaran lintang Wesley Sneijder ditanduk pemain Brazil, Felipe Melo pada minit ke-53 ke gawang sendiri.

Pada minit ke-68, Belanda berada di hadapan dengan 2-1 apabila sepakan sudut Arjen Robben dihantar ke belakang Dirk Kuyt sebelum Sneijder yang tidak dikawal menanduk masuk.

2 comments:

WAKA_WAKA_KAKA said...

tension gle tgk 2nd gol NED..why BRAZIL blh klh ni??bnyk mistake la game mlm ni..nway both team 're d best ^-^

anazraf said...

eeeeeee!!!!apasal brazail bleh klah.sokong gler2 brazil...sdeh.isk3..gram pon ade..tp xpela,brazil ttap d hati..pape pon,gud luck for fifa world cup 2014 nnti ea