ad ld

Saturday, July 3, 2010

Keputusan Majlis Tilawah Al - Quran Peringkat Kebangsaan Ke - 53

KOTA KINABALU 3 Julai - Qari Wilayah Persekutuan, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dan qariah Johor, Nor Azrah Ayub malam ini dinobatkan sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan ke-53, yang berlangsung di sini sejak 29 Jun lepas.

Masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM15,000 dan pakej menunaikan ibadah haji.

Wan Ainuddin Hilmi, 28, dan Nor Azrah, 32, akan mewakili negara pada Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa yang akan berlangsung di Kuala Lumpur bermula 27 Julai hingga 3 Ogos ini.

Sementara itu qari Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali, 34, dan qariah Selangor, Nor Ruzana Natiah Jaafar, 27, muncul naib johan qari dan qariah, manakala tempat ketiga masing-masing dimenangi Othman Azumi Ahmad, 51, dari Kedah dan Normalina Alias, 28, dari W. Persekutuan.

Selain membawa pulang wang tunai, RM7,000 bagi naib johan, dan RM5,000 bagi tempat ketiga, qari dan qariah berkenaan juga menerima pakej mengerjakan ibadah haji.

Hadiah disampaikan Yang Dipertua negeri Tun Ahmadshah Abdullah dan isterinya Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Seramai 14 qari dan 13 qariah memperdengarkan bacaan al-Quran masing-masing pada tilawah yang berlangsung selama lima hari itu sejak Selasa lepas. - Bernama

2 comments:

Anonymous said...

adeh! mama hanim kite tak menahu pun ade tilawah,alih2 dh abis..
huhuhuh terima kasih sbb info kat blog emmm......

sades betul :(

Mama Hanim said...

Kf: sama2..hehe..