ad ld

Friday, July 16, 2010

Exora Baru Untuk Raya

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, dengan pengenalan terbaru Proton Exora, pihaknya turut menyasarkan jualan 28,690 unit MPV berkenaan antara 2010 hingga akhir tahun depan.

Menurutnya, lebih 1,000 unit stok tersedia untuk diberikan kepada pelanggan menjelang musim perayaan Aidilfitri akan datang. Katanya, sejak pelancaran Exora pada April tahun lalu sehingga kini, 32,540 unit Exora sudah didaftarkan di jalan raya dengan purata 2,300 jualan sebulan.

“Perubahan yang dilakukan dengan menukar warna dan aksesori itu sekali gus membuatkan kenderaan ini lebih sporty dan memberi kualiti terhadap pelanggan.

“Pembaharuan model ini turut memberi keyakinan kepada orang ramai, lagi pun dengan versi ini pelanggan hanya perlu menambah kira-kira RM1,000 berbanding Exora terdahulu,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Proton Exora versi diperbaharui di Subang Jaya.

Mengenai Exora versi dipertingkatkan itu, Syed Zainal berkata, ia masih mengekalkan enjin 1.6-liter Campro CPS transmisi manual (M) dan automatik (AT), tetapi ditampilkan dengan pelbagai pembaharuan. Pembaharuan itu ialah pada kemasan dalaman, stereng dan pemegang pintu bahagian dalam bagi semua varian ditawarkan, iaitu Base-Line (B-Line), Medium-Line (M-Line) dan High-Line (H-Line).

Bagaimanapun bagi varian H-Line, ia menampilkan lebih banyak peningkatan termasuk kemasan panel, lampu kabus dan ruang simpanan barang. Warna baru turut diperkenalkan untuk varian M-Line dan H-Line, iaitu Plum Red di samping rim aloi 15 inci baru serta kemasan body kit menyeluruh.

Harga atas jalan untuk warna metalik di Semenanjung ialah RM58,998 bagi B-Line MT), RM65,998 (M-Line MT), RM70,998 (M-Line AT) dan RM76,998 (H-Line AT), iaitu kira-kira RM1,000 lebih tinggi berbanding model sedia ada bagi setiap varian.

2 comments:

~ain said...

exora ni nampak macam best.. heheh tp kalau ain setakat dua orang je pun nak buat apa beli kete panjang2.. kang hantu duduk.. hahaha

Mama Hanim said...

Ain: hehe..